У нас вы можете посмотреть бесплатно VIRAL NEWS I 🇲🇾 Mayat wanita dikerat: Suspek ditahan tak sampai 24 jam или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
KOTA KINABALU: Suspek utama kes pembunuhan wanita yang mayatnya dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Indah Permai, mengaku terbabit dalam kejadian itu, dengan motif dipercayai berpunca daripada perselisihan hubungan peribadi serta tuntutan wang pertunangan. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman, berkata pengakuan itu diperoleh hasil soal siasat awal selepas suspek lelaki berusia 71 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan. "Suspek mendakwa pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi antara dia dan mangsa, termasuk isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus kerana mangsa telah berkahwin dengan individu lain. "Keadaan itu dipercayai mencetuskan pertengkaran antara suspek dan mangsa sehingga membawa kepada kejadian berkenaan," katanya dalam kenyataan media, hari ini. Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi melengkapkan kertas siasatan. Menurutnya, hasil maklumat saksi pula mendapati mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula oleh seorang lelaki, sekali gus menjadi petunjuk penting kepada siasatan. "Susulan itu, pada jam 8.10 malam tadi, polis menahan suspek utama di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) bagi membantu siasatan lanjut. "Polis kemudian menahan seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun pada jam 10.30 malam di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar, kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian," katanya. Dalam operasi berkenaan, beliau berkata polis turut merampas beberapa barangan, termasuk telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian serta sebuah kenderaan Nissan X-Trail berwarna keemasan untuk tujuan siasatan forensik. "Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. Semalam, mayat wanita lingkungan 40-an ditemui dalam keadaan anggota badan dikerat dan dibuang berasingan di beberapa lokasi pembuangan sampah sekitar Taman Indah Permai. Penemuan awal membabitkan tangan dan kaki pada jam 6.30 pagi sebelum pencarian lanjut membawa kepada penemuan kepala serta badan mangsa pada jam 11.40 pagi di lokasi berhampiran.