У нас вы можете посмотреть бесплатно (EKSKLUSIF) 'MENGENANG DAIM' или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
(EKSKLUSIF) 'MENGENANG DAIM' Semalam genap 40 hari Allahyarham Tun Daim Zainuddin meninggal dunia. Negarawan yang pernah dua kali menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan itu menghembuskan nafasnya yang terakhir dalam usia 86 tahun. Umum hanya mengetahui Daim sebagai seorang ahli politik dan ahli perniagaan yang terkenal di dalam dan luar negara, namun tak ramai yang tahu sisi lain Daim yang 'tersimpan kemas' sejak sekian lama. Allahyarham rupanya adalah seorang dermawan yang telah menyalurkan jutaan wang ringgit untuk institusi agama, pembinaan masjid dan surau, membiaya ribuan pelajar miskin serta anak yatim dalam dan luar negara yang kesemuanya dilakukan secara 'diam-diam' tanpa dihidu oleh sesiapa. Antaranya Daim telah membangunkan sekolah-sekolah agama, rumah anak yatim serta membiayai ribuan pelajar di Aceh, Indonesia yang teruk terjejas akibat tsunami pada tahun 2004. Untuk episod khas kali ini, kami menemubual tokoh wartawan terkenal, Datuk A. Kadir Jasin yang juga teman karib Allahyarham yang akan berkongsi kisah suka duka sepanjang mengenali Daim sejak puluhan tahun yang lalu. Kami juga turut terbang ke Aceh untuk menjejaki sekolah agama dan rumah anak yatim yang dimaksudkan dan mendengar sendiri luahan rasa tenaga pengajar serta para pelajar yang menerima manfaat daripada sumbangan Allahyarham sejak sekian lama. Jangan lupa menonton episod khas 'Mengenang Daim' dalam podcast Xklusif Bersama Syahril di saluran Youtube Tanah Berdaulat TV pukul 9 malam ini (Isnin 23/12). Eksklusif, hanya untuk anda!