У нас вы можете посмотреть бесплатно ANAK PAK MAIL PERJELAS SITUASI SEBENAR, KESAL DILABEL ANAK DERHAKA OLEH ABBE HAE или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
ANAK PAK MAIL PERJELAS SITUASI SEBENAR, KESAL DILABEL ANAK DERHAKA OLEH ABBE HAE Allah saja tahu betapa remuk hati saya apabila dilabelkan sebagai anak derhaka oleh aktivis masyarakat (Abbe Hae) itu dan dikecam oleh orang ramai sedangkan kami sekeluarga sangat menjaga bapa," kata Abdullah Ismail, anak kepada lelaki warga emas yang didakwa diabaikan. Abdullah, 59, berkata, bapanya, Ismail Che Noh, 79, atau yang dikenali sebagai Pak Mail itu mengalami masalah nyanyuk sejak lebih setahun lalu dan menetap di sebuah rumah kecil di sebelah rumahnya berseorangan selepas kematian isteri. Bukan setakat itu sahaja, Abdullah berkata, ketika waktu rehat, dia akan pulang untuk memandikan bapanya kerana lampin pakai buang yang dipakaikan sering ditanggalkan, selain memastikan makan tengah hari sudah diberikan sebelum kembali ke tempat kerja di Wakaf Bharu, Tumpat. Abdullah berkata, dia terpaksa mengurung bapanya kerana sering keluar merayau sejak nyanyuk sehingga menyebabkan mereka perlu mencari dan ada kalanya dihantar sesiapa yang mengenali. Katanya, mereka sekeluarga sangat terkejut apabila kisah bapanya tular sebaik Abbe Hae datang dan 'membantu' warga emas itu yang didakwa seolah-olah diabaikan ahli keluarga. Abdullah menegaskan dia tidak mungkin sanggup mengabaikan bapanya sendiri kerana orang luar tidak pernah mengetahui bagaimana mereka sekeluarga menguruskan warga emas itu sebaik mungkin. Terdahulu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apam Putra Zamakhshari Muhamad hadir menziarah keluarga itu dan menyerahkan sumbangan kerusi rehat serta tilam untuk kegunaan warga emas terbabit.