У нас вы можете посмотреть бесплатно PANGLIMA ANGKATAN TENTERA SEMPURNAKAN MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN ATM или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
KUALA LUMPUR, 23 Jun 25 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Hj Mohd Nizam bin Hj Jaffar bersama Isteri Puan Sri Hajah Risia binti Sheikh Ali Omar Bajarai telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Ruang Perkasa, Wisma Pertahanan hari ini. Dalam majlis berkenaan, Mejar Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng telah dinaikkan ke pangkat Leftenan Jeneral berkuatkuasa mulai 26 Mei 2025 dan kekal sebagai Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN). Turut dinaikkan pangkat adalah Kolonel Mohd Sharif bin Ishak yang dinaikkan ke pangkat Brigedier Jeneral berkuatkuasa mulai 7 Jun 2025 dan kekal sebagai Pengarah Pendidikan ATM. Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng ditauliahkan dari pengambilan Tauliah Jangka Tetap Ke-25 (TJT 25) di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom pada tahun 1986 dan telah ditauliahkan ke dalam kor Rejimen Renjer Diraja (RRD). Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah menyandang pelbagai perjawatan penting antaranya sebagai Ketua Jurulatih di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA), Panglima 31 Briged Infantri, Inspektor Jeneral Tentera Darat dan Ketua Staf Markas Pemerintahan Medan Barat. Beliau merupakan graduan Australian Army Command and Staff College dan turut memiliki Ijazah Sarjana daripada University of Canberra serta Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau turut dikenali dengan kemahiran penguasaan bahasa Korea berdasarkan pengalaman mengikuti pengajian ketenteraan di Korea Selatan serta Sepanyol. Brigedier Jeneral Mohd Sharif bin Ishak pula adalah merupakan Pengarah Pendidikan ATM ke-14 sejak 5 Oktober 2023. Anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini menyertai ATM menerusi pengambilan Pegawai Kadet Graduan dan telah ditauliahkan pada tanggal 16 Mac 1995. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Sarjana TESOL dari Deakin University, Australia. Sepanjang perkhidmatannya, beliau telah menyumbang bakti sebagai Pegawai Pendidikan di ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM serta pernah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Ketua Fakulti Pendidikan KD PELANDOK dan Pengarah Penulisan di Pejabat Panglima Tentera Darat. Beliau turut berpeluang mengikuti pelbagai kursus dalam dan luar negara termasuk di Amerika Syarikat dan Australia. Majlis pemakaian pangkat ini turut disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Muhammad Hafizuddeain bin Jantan; Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri (Dr.) Zulhelmy bin Ithnain; Panglima Operasi Udara mewakili Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan bin Hj Md Othman; serta pegawai kanan ATM. ATM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Leftenan Jeneral Datuk Johnny Lim Eng Seng dan Brigedier Jeneral Mohd Sharif bin Ishak atas pemakaian pangkat yang diterima hari ini. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk terus menyumbang kepada kecemerlangan dan memacu kredibiliti ATM di pentas nasional dan antarabangsa.