У нас вы можете посмотреть бесплатно Ust. Mohamad Kitab : Ayuhal Walad Tajuk: Nasihat 15 Lapan Wasiat Hatim Al Asam Rahimullahu Taala или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
24 Jam.Awal 1447H /14 Nov 2025 Kuliyah Maghrib Bersama Ust. Mohamad Kitab : Ayuhal Walad Tajuk: Nasihat 15 Lapan Wasiat Hatim Al Asam Rahimullahu Taala LAPAN WASIAT IMAM HATIM AL-ASHAM rahimahullahu taala Wahai anakku yang tercinta ! Imam Hatim al-Asham (wafat 237H) rahimahullahu taala pernah ditanya oleh gurunya Imam Syaqiq al-Balkhi (wafat 194H) rahimahullahu taala: Engkau telah belajar daripadaku selama tiga puluh tahun lamanya. Maka apakah ilmu yang telah engkau dapatkan daripadaku? Hatim alAsham rahimahullahu taala menjawab: Aku telah dapat menghasilkan lapan faedah daripada segala yang aku pelajari. Pada fikiranku lapan faedah ini sudah memadai untukku, kerana aku mengharapkan padanya keselamatan dan kesejahteraanku pada hari kiamat nanti. Lalu Imam Syaqiq berkata: Apa lapan faedah itu? Imam Hatim al-Asham menjawab: Lapan faedah itu ialah: Faedah Pertama: Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-makhluk yang ada di dunia ini lalu aku mendapati bahawa bagi setiap mahkluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya dan diasyiqinya. Dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihinya itu hanya menemani kekasihnya sehingga sampai ia sakit sahaja, dan ada pula yang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur. Manakala yang lainnya akan terus pulang dan tidak mau untuk bersama-sama dengan kekasihnya di dalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur. Lalu aku terus berfikir, dan akhimya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia yang mengiringi kekasihnya sampai ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman yang setia. Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikian itu selain daripada amal saleh. Maka aku terus menjadikan amal saleh itu sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, dan menghibur hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian dalam kuburku. Faedah Kedua : Sesungguhnya aku melihat sekalian mahkluk ini sentiasa mengikuti kehendak nafsu mereka dan bersegera menunaikan apa jua kehendaknya. Lalu aku memikirkan firman Allah taala yang berbunyi: ( Surah An-Nazi'at, ayat 40-41) Maksudnya: “Dan adapun orang yang takut akan berdiri di hadapan Tuhannya dan ia menahan nafsu daripada kehendaknya maka akan dijadikan baginya Syurga itu sebagai tempat tinggalnya”. Apabila aku memikirkan ayat ini maka timbullah satu keyakinan di dalam hatiku bahawa al-Quran itu adalah benar, dan nafsu itu mesti dimusuhi, lalu aku pun menjadikannya sebagai musuh, dan aku berjuang untuk menentangnya dan aku tidak memanjakannya sehingga ia tunduk kepadaku dan ia merasa puas hati dengan tugasnya untuk taat dan beribadah akan Allah taala.