У нас вы можете посмотреть бесплатно Ucapan Anwar Ibrahim ketika meluncurkan pembinaan semula Masjid Cherok Tok Kun Dalam. (12.4.25) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Usai di Kelantan, saya terus ke Pulau Pinang untuk beberapa perencanaan yang bermula di kampung halaman saya. Alhamdulillah, terubat rindu pada sanak saudara dan keluarga besar penduduk Kampung Cherok Tok Kun. Saya luncurkan pembinaan semula Masjid Cherok Tok Kun Dalam yang mempunyai sisi nostalgia terhadap diri dan keluarga. Dengan matlamat suci untuk mengimarahkan masjid, pembinaan semula ini dapat menampung jumlah jemaah yang lebih besar mencecah 1,600 orang pada satu-satu masa. Insya-Allah ia akan turut dilengkapi dengan kemudahan komuniti yang lebih sempurna untuk manfaat dan kebaikan anak kariah dan orang ramai yang singgah untuk beribadah. Alhamdulillah, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM11.4 juta bagi menjayakan projek pembinaan semula masjid ini, dengan tambahan sumbangan RM4.5 juta daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan RM3 juta daripada kariah serta masyarakat setempat. Saya turut sampaikan sumbangan kepada Surau Haji Yahya Sungai Sintok, Masjid Jamek Jarak Atas dan Masjid Jamek Permatang Janggus sebagai sokongan terhadap pembangunan dan usaha mengimarah rumah Allah. Firman Allah SWT bahawasanya masjid yang didirikan dengan asas taqwa, akan memberikan keberkatan dan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang menjengah dan beribadah. Dalam ucapan, saya menghimbau nostalgia tatkala membesar di kampung dan masjid ini yang telah banyak menyumbang pada pembentukan ilmu, akhlak dan peribadi. Di masjid ini juga saya dilatih menyampaikan khutbah dan di sini juga saya mengenal erti perjuangan dan khidmat bakti pada masyarakat. Keluarga besar Cherok Tok Kun sentiasa dekat di hati saya. Mereka bukan sahaja ada sewaktu senang, bahkan turut setia bersama tatkala saya terpuruk, dihina, dikeji dan dipukul setengah mati. Jasa dan pengorbanan kalian sentiasa terpahat dalam ingatan. Sebelum pulang, saya sempat menziarahi kubur Almarhum datuk saya, serta singgah ke kediaman keluarga untuk bertemu abang dan adik serta sanak saudara. Saya mendoakan semoga warga Cherok Tok Kun terus hebat dan menjadi contoh terbaik masyarakat asbab keindahan akhlak, keperibadian serta kehidupan bermasyarakat kita, Insya-Allah.