У нас вы можете посмотреть бесплатно Healing 4 Hari di Ulu Koh, Kelantan или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Rakaman 4 hari pengembaraan ke Taman Negara Ulu Koh, Kelantan bagi tujuan rekreasi, memancing dan juga ‘healing’ bagi pengidap penyakit Type 1 Diabetes Melitus (T1DM) seperti saya. Seperti trip-trip sebelumnya, Kem Besu menjadi target kami sebagai markas utama. Ikan-ikan di Ulu Koh tidak pemalu kali ini. Rezeki tangkapan-tangkapan seperti ikan kelah, tengas, kejor, tengas daun, bujuk, keli kayu, tapah bemban, nyenyuar dan baung berjaya didaratkan oleh semua peserta. Ada yang merayap sampai ke air terjun di hulu dan juga lubuk Lesong di hilir. Namun begitu kami diuji dengan hujan lebat di hulu sungai yg mengakibatkan fenomena kepala air yang deras dan tinggi pada dua malam berturut-turut. Tindakan pantas oleh guide kami yang berpengalaman berjaya mengelakkan dari berlakunya kejadian yang tidak diingini. Sedia maklum bahawa penjagaan kaki adalah sangat penting disamping pengambilan makanan, insulin dan aktiviti fizikal yang betul. Maka pemilihan kasut dan stokin adalah sangat kritikal bagi mengelakkan kecederaan ketika menjalankan aktiviti ‘hiking’ di hutan khatulistiwa Malaysia. Terima kasih pada kawan-kawan dan guide yang banyak membantu saya disepanjang trip ini. Tidak lupa juga pada partner-in-crime Abg Nor Azman selaku organizer kami. InshaAllah 2026 kita datang ziarah Kem Besu lagi. Ameen.