У нас вы можете посмотреть бесплатно Rasuah 1.1B, Surat Sokongan SUPOL PMX, Kao Tim Kompaun : YBM EP 23 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Apa jadi bila cyber trooper sendiri sabotaj pelan cip Malaysia, dan bila surat “pemanjangan” SUPOL PMX mula nampak tak beza dengan surat sokongan zaman dulu? Dalam YBM #23, kami menyelam beberapa isu berat yang tengah berlegar: Kisah di sebalik fitnah ARM – apa sebenarnya model IP ARM, apa yang Malaysia cuba bina dengan “made by Malaysia”, dan bagaimana serangan ceplos bukan saja sasarkan saya, tapi boleh buat pelabur global fikir dua kali tentang Malaysia. Perjanjian ART dengan Amerika Syarikat – Zafrul akui kena runding semula? Terutama klausa 5.1 – dan persoalan sama ada status “rakan strategik komprehensif” berbaloi kalau ia datang dengan harga kedaulatan. Isu kompaun SPRM & Datuk Adam Radlan – dari “bayar, lepas, hilang” sampai kepada persoalan: bila kompaun jadi ruang “kau tim” untuk kes besar, apa lagi yang tinggal pada perang lawan rasuah? Surat sokongan / pemanjangan SUPOL PMX dan penggunaan agensi kerajaan ketika kempen – dibanding dengan pengalaman Rafizi bayar sendiri kempen dan melarang Kementerian gunakan jentera untuk kawasan Pandan. Pelantikan hakim yang dipertikai ke dalam JAC dan apa yang ia signal kepada rakyat tentang kebebasan badan kehakiman. Di hujung episod, perbualan beralih kepada 31 remaja bawah umur bekerja di kilang – pintu masuk kepada idea Akademi Dalam Industri, model “belajar sambil kerja” dan keperluan ubah mindset ibu bapa yang masih fikir satu-satunya jalan hidup ialah SPM → universiti. Kalau anda nak rasa campuran marah, gelak dan fikir panjang tentang rasuah, kuasa dan masa depan ekonomi Malaysia – episod ini bagi satu preview bagaimana negara boleh melonjak… atau disabotaj dari dalam.