У нас вы можете посмотреть бесплатно 'Senang-senang bunuh, senang-senang minta lepas tali gantung' или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
"Dalam kes ini memang saya marah, saya emosi kerana saya pun ada anak, dibela dari kecil sampai besar masuk universiti, ada masa depan, senang-senang dibunuh. Selepas itu senang-senang minta lepas hukuman gantung," hujah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fuad Abdul Aziz. Hujahan itu dibuat Mohd Fuad bagi memohon Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Alor Setar pada Rabu 11 September mengekalkan hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi Taiping terhadap Syarafi Abu, 33, yang didapati bersalah membunuh pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Nur Syuhada Johari, 20, pada 2015. Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun menukar hukuman mati ke atas Syarafi kepada penjara 38 tahun dan 14 sebatan mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat 2023. Tengku Maimun memerintahkan hukuman penjara ke atas Syarafi berjalan serentak dari tarikh dia ditahan pada 1 Februari 2015. Terdahulu peguam pemohon, Farida Mohammad meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara antara 31 hingga 35 tahun berdasarkan fakta kes bahawa Syarafi tidak merancang membunuh Nur Syuhada, sebaliknya berlaku pergaduhan antara mereka. Mohd Fuad dalam hujahan balasnya, membantah sekeras-kerasnya permohonan Syarafi dan meminta mahkamah mengekalkan hukuman mati atau sekurang-kurangnya penjara maksimum 40 tahun dan 20 sebatan dikenakan. ------------------------------------------------------------------------ #HMETRO #METROTV ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my