У нас вы можете посмотреть бесплатно Berita Perdana, 8 Julai 2025: SHENA melancarkan WSHCON 2025 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Selasa, 8 Julai 2025 – Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah memperingati sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja bagi tahun ini dengan pelancaran rasmi Persidangan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSHCON) 2025 yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Dengan tema “Merevolusikan Kesihatan dan Keselamatan: Peranan AI dan Pendigitalan di Tempat Kerja”, yang menekankan bagaimana automasi, analitik data, sistem pintar, dan pengurusan tenaga kerja berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) boleh mengubah amalan di tempat kerja. Walaupun AI menawarkan potensi besar untuk meningkatkan keselamatan melalui pemantauan bahaya secara masa nyata, analisis risiko secara ramalan dan latihan keselamatan yang disesuaikan, ia juga menimbulkan cabaran baharu termasuk privasi data, etika penggunaan teknologi dan kesiapsiagaan tenaga kerja. Seiring dengan kemajuan agenda transformasi digital negara, WSHCON 2025 menjadi platform penting bagi pengawal selia, peneraju industri, dan penyedia teknologi untuk berkongsi pengetahuan dan berkerjasama dalam mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat dan pintar. WSHCON 2025 turut menampilkan pembentangan dariada pakar-pakar serantau dari institusi-institusi termasuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Malaysia; Institute of Ergonomics and Hygiene (IEH), Singapura; AcuiZen Technologies, Singapore; Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Malaysia; dan Scorpion Tact Services Sdn Bhd, Malaysia. Para peserta membincangkan pelbagai topik sepanjang program persidangan, termasuk impak AI terhadap peranan pekerjaan dan amalan keselamatan yang mampan melalui pendigitalan, pelaporan penyakit pekerjaan, kemas kini prestasi keselamatan kebangsaan, kawalan radiasi, dan langkah penguatkuasaan. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Mulia Dayang Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, Setiausaha Tetap (Tenaga), Jabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Lembaga Pengarah SHENA, yang hadir sebagai Tetamu Kehormat bagi mewakili Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, selaku Menteri yang bertanggungjawab ke atas SHENA. Dalam ucapan pembukaan yang disampaikan bagi pihak Yang Berhormat Pehin, beliau menekankan potensi transformasi AI dan pendigitalan dalam analitik ramalan, teknologi boleh pakai, dan pemeriksaan berasaskan AI. Ucapan tersebut juga turut menegaskan keperluan pelaksanaan beretika, pengawasan manusia serta penjagaan kesejahteraan mental dalam menghadapi perubahan pesat era digital, serta menekankan komitmen Negara Brunei Darussalam terhadap rangka kerja kawal selia yang kukuh, dengan merujuk kepada Peraturan Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (Bekerja di Tempat Tinggi) 2025 dan pindaan kepada Peraturan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2025. Ucapan tersebut diakhiri dengan seruan kepada pendekatan menyeluruh negara ke arah membina budaya keselamatan berpaksikan rakyat yang berdaya tahan, berpandukan prinsip Maqasid al-Syariah. Persidangan kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Ucaptama Khas oleh Yang Mulia Professor Ts. Dr. Abdul Mutalib Leman dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta Ahli Lembaga Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Malaysia, yang bartajuk 'The Role of Artificial Intelligence (AI) and Digitalisation in Occupational Safety and Health', yang menggariskan perspektif utama yang merangka perbincangan sepanjang persidangan tiga hari tersebut. Turut hadir pada majlis pelancaran WSHCON 2025 termasuk Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Pegawai-Pegawai Kanan, Lembaga Pengarah SHENA, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat swasta, wakil-wakil misi diplomatik, serta para profesional dari sektor keselamatan, kesihatan dan alam sekitar (HSE) dari seluruh industri. WSHCON 2025 menampilkan sebanyak lapan (8) sesi panel yang membincangkan teknologi Industri 4.0, pematuhan kontraktor, keselamatan berasaskan tingkah laku, kebersihan pekerjaan, strategi keselamatan inklusif, dan pengurusan risiko. Lebih dua-puluh (20) ahli panel professional dari pelbagai sektor juga telah terlibat dalam persidangan ini, dengan tiga puluh (30) tapak pameran oleh agensi Kerajaan dan pihak industri swasta. For further information and enquiries: 🖥 www.shena.gov.bn/wshcon25 📞 238 2000 The Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) is committed to ensuring that Brunei Darussalam is a safe place to work and live. #SHENAbn #WSHCON25