У нас вы можете посмотреть бесплатно PENDUDUK TAMAN DATO HARUN BANTAH PEMBINAAN KUIL, MOHON PINDAH KE TAPAK LAIN или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PENDUDUK TAMAN DATO HARUN BANTAH PEMBINAAN KUIL, MOHON PINDAH KE TAPAK LAIN Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Roslan berkata penduduk tempatan tidak menerima sebarang notis awal dan hanya mengetahui tentang pembangunan itu semalam. Ini katanya selepas beberapa penduduk melihat notis yang dipasang di tapak pembinaan kuil berkenaan. Roslan, yang menetap di Taman Dato Harun lebih 50 tahun berkata pembinaan kuil tidak sesuai dengan kawasan yang majoriti penduduknya Melayu-Muslim. Menurut notis yang dipasang oleh Pejabat Tanah Petaling di tapak pembinaan, lot berkenaan diperuntukkan bagi pemindahan Kuil Sri Maha Mariamman Desa Perangsang yang sebelum ini terletak di PJS 4. Roslan mendakwa kuil itu perlu dipindahkan kerana dibina di atas tanah milik Majlis Agama Islam Selangor, yang diambil semula untuk memperluas kemudahan pengurusan tanah perkuburan di kawasan tersebut. Penduduk berusia 57 tahun itu turut membangkitkan isu trafik, berkata kuil berkenaan akan terletak di kawasan komersial padat dengan tempat letak kereta terhad manakala jalan utama sering digunakan untuk perarakan Maulidur Rasul oleh komuniti setempat. Terdahulu, penduduk yang bimbang berkumpul di hadapan tapak pembinaan, dengan jumlah kehadiran meningkat kepada lebih 70 orang sekitar jam 10.30 pagi.