У нас вы можете посмотреть бесплатно Adakah perlu makmum membaca Al-Fatihah dalam solat berjemaah Bagaimana solat Zuhur dan Ansar ? или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Wujud perbezaan pendapat ulama dalam permasalahan ini. Pandangan yang kuat di sisi al-Qaradhawi ialah pandangan ulama mazhab Hambali yang mengatakan makmum wajib membaca al-Fatihah jika tidak mendengar bacaan al-Fatihah imam. Kata beliau: وهذا الرأي، هو القول الوسط والمعقول “Pandangan ini adalah pendapat yang pertengahan dan berteraskan pertimbangan yang seimbang (dari sudut syarak dan akal).” (Lihat Fiqh al-Solah oleh al-Qaradhawi, hal: 78-79) Setelah itu al-Qaradhawi menukilkan pernyataan dari kitab Hasyiah al-Raudh al-Murbi’ 2/278 yang menyebut: إن القراءة تجب على من لم يســمع الإمام، ومن سمع لزمه الإنصات، ولا يجوز له أن يقرأ وإمامه يقرأ، لا سورة الفاتحة ولا غيرها؛ لآية: ﴿ وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ﴾ [الأعراف: ٢٠٤]، قــال: أجمعوا على أن هذه الآية في الصلاة. ولقوله ﷺ: وإذا قــرأ فأنصتــوا، يعني الإمام، ولأنه إذا انشــغل المأموم بالقراءة لم يكن لجهر الإمام فائدة Bacaan (al-Fatihah) wajib ke atas sesiapa yang tidak mendengar bacaan imam. Namun bagi yang mendengar bacaan imam, hendaklah dia diam untuk mendengarnya. Tidak boleh dia juga membaca ketika imamnya membaca (dan dia mendengarnya). Tidak boleh dia membaca al-Fatihah dan tidak juga selainnya, berdasarkan firman Allah Ta‘ala: "Dan apabila al-Qur’an dibacakan, maka dengarlah kepadanya dan diamlah." (Surah al-A‘raf: 204) Beliau berkata: Para ulama telah sepakat bahawa ayat ini berkaitan dengan solat. Dan juga sabda Nabi ﷺ: "Apabila imam membaca, maka diamlah kalian." (HR Muslim). Ini kerana, jika makmum sibuk membaca, maka tiadalah manfaat bagi bacaan jahr imam.” #sunnah #hadis #solat #alquran #ilmu #bidaah