У нас вы можете посмотреть бесплатно MASJID SOFA LONDON KINI BEROPERASI или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
MASJID SOFA LONDON KINI BEROPERASI 17 Ogos - Dato' Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin, Pengasas Masjid Sofa London & The Suffa Educational Foundation telah meluangkan masa mengunjungi Masjid Sofa London di lokasi baharu yang terletak di Notting Hill, London. Ini merupakan kunjungan pertama beliau selepas Masjid tersebut dibuka kembali setelah ditangguh sementara operasinya sejak Mac 2021 disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Kunjungan beliau disambut oleh Ustaz Zaki Ismail yang merupakan Imam Eksekutif Masjid Sofa London merangkap Ketua Eksekutif The Suffa Educational Foundation. Sebagai tanda syukur kepada Allah SWT atas kurniaan dan nikmat pembukaan semula serta kehadiran Pengasasnya tersebut, Masjid Sofa London telah mengadakan pembacaan Maulid Barzanji. Bangunan baru bagi Masjid Sofa London yang terletak di kawasan Notting Hill itu mempunyai sebuah dewan yang boleh memuatkan seramai 150 orang dalam satu masa. Masjid Sofa London merupakan Masjid Melayu Pertama ditubuhkan di London pada tahun 2016 bertujuan memberi manfaat keagamaan kepada komuniti Melayu Muslim di London. Sepanjang penubuhannya Masjid Sofa London telah menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah melalui pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan.