У нас вы можете посмотреть бесплатно ISTIADAT SAMBUTAN NEGARA SEMPENA LAWATAN NEGARA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT SAMBUTAN NEGARA SEMPENA LAWATAN NEGARA PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Sambutan Negara Sempena Lawatan Negara Yang Mulia Bapak Prabowo Subianto, Presiden Republik Indonesia di Istana Negara, hari ini (27 Januari). Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Dato’ Sri Fadzilah Yusof, Timbalan Perdana Menteri II serta Menteri-Menteri Kabinet. Ini merupakan Lawatan Negara pertama oleh seorang ketua negara asing ke Malaysia selepas Seri Paduka Baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17. Istiadat sambutan negara diadakan di Dataran Kawad Istana Negara dan dimulakan dengan lagu kebangsaan negara Indonesia dan Malaysia oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja disusuli tembakan meriam 21 das dari 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja. Yang Mulia Bapak Prabowo kemudian berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama membabitkan tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat daripada Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Perdana Sungai Besi, diketuai Mejar Azham Mohamad. Seri Paduka Baginda turut berkenan mengadakan pertemuan bersama Yang Mulia Bapak Prabowo serta menyaksikan majlis persembahan cendera kenangan di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara. Yang Mulia Bapak Prabowo turut diraikan serta diberi penghormatan pada Majlis Jamuan Negara dengan keberangkatan bersama Yang di-Pertuan Agong. #YDPAgong #AllahPeliharakanSultan #IstanaNegara