У нас вы можете посмотреть бесплатно LEPASAN SPM NAK JADI DOKTOR, DAH READY KE? или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
BUKAN MUDAH JADI DOKTOR! Episod ke-dua musim kedua Podcast Sembang Budak Pandai (SBP) kali ini kita bawakan kepada anda Datuk Dr Harlina Halizah Siraj, Presiden Persatuan Alumni Sekolah Seri Puteri (PUTERI) yang lebih mesra disapa sebagai Dr Har yang juga merupakan Doktor Pakar Sakit Puan. Perbincangan kami bertajuk "Halatuju Selepas SPM, Perjalanan Baru Bermula" selari dengan situasi semasa di mana anak-anak baru sahaja mengambil keputusan SPM masing-masing. Dr Har memulakan perbualan dengan berkongsi kisah bagaimana beliau mula menuntut ilmu di SSP pada tahun 1979 hinggalah beliau mengambil SPM pada tahun 1983 dan diangkat sebagai pelajar terbaik SSP ketika keputusan SPM diumumkan pada tahun 1984 kerana telah mendapat 9A. Beliau juga telah berkongsi pengalaman dan cabaran menjadi seorang doktor, apakah kriteria yang diperlukan dan yang paling penting, memperbetulkan"nawaitu" kita dalam memberi khidmat kepada masyarakat. Setelah bersara sebagai profesor dan pensyarah di Fakulti Perubatan UKM, beliau kini bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan NGO selain menjadi ahli lembaga pengarah beberapa syarikat dan ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM selain menggalas tugas sebagai Presiden PUTERI sejak 2021. Semoga perkongsian beliau menjadi inspirasi kepada seluruh anak-anak muda khususnya lepasan SPM yang masih tercari-cari bidang untuk diceburi dan berminat menjadi doktor perubatan. Jangan lupa SUBSCRIBE YouTube channel SBP ya! #SBP #SEMBANGBUDAKPANDAI #NADISUASANA #PODCAST #PODCASTSTUDIO #SSP #PUTERI #ALUMNISBP