У нас вы можете посмотреть бесплатно Ep 75 | DAP: Tanding sebagai Kerajaan Madani paling logik или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Lebih Masa Episod 75 kembali dengan sebuah perbualan yang dijangka mencuri perhatian, menampilkan tetamu undangan khas Anthony Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia merangkap Setiausaha Agung DAP. Episod ini membawa penonton menyelami kisah peribadi, perjalanan politik serta cabaran sebenar mengurus portfolio pengangkutan. Perbualan dimulakan dengan mengimbau kehidupan awal Anthony Loke di Seremban, pengalaman di bangku sekolah dan universiti yang membentuk pandangan politiknya, serta detik penting yang mendorong beliau memilih jalan politik DAP. Episod ini turut menyentuh perjalanan beliau dalam parti sehingga memegang jawatan Setiausaha Agung, di samping menjawab pelbagai persepsi terhadap DAP khususnya dari masyarakat Melayu dan cabaran membina sokongan yang lebih luas dalam landskap politik Malaysia. Perbincangan kemudian beralih kepada tanggungjawab beliau sebagai Menteri Pengangkutan. Antara isu yang disentuh termasuk cabaran pengurusan sistem pengangkutan awam, persoalan berhubung gangguan perkhidmatan LRT, hala tuju mobiliti elektrik, masa depan industri e-hailing, serta usaha kementerian menyeimbangkan tuntutan rakyat dengan kekangan fiskal kerajaan. Tidak ketinggalan turut disentuh juga adalah dinamika politik semasa termasuk hubungan DAP-UMNO dalam kerajaan perpaduan, peranan DAP dalam agenda reformasi, serta persoalan hala tuju parti menjelang perkembangan politik penting pada tahun 2026. Tumpuan tentulah pada undian referendum perwakilan DAP yang akan tentukan sama ada parti itu kekal atau tidak di dalam kerajaan. Lebih Masa Episod 75 dibawakan khas oleh platform e-hailing Bolt Technology yang turut menawarkan diskaun istimewa sebanyak 30 peratus sehingga RM10 bagi satu perjalanan kepada penonton dan pendengar. Tawaran ini boleh ditebus dengan memasukkan kod promo “LEBIHMASA” dalam aplikasi Bolt sebelum 31 Mac 2026. 00:00 Intro 03:30 Latar Belakang 17:54 Perjalanan politik dalam DAP 25:53 Persepsi terhadap DAP 35:29 Cabaran portfolio Menteri Pengangkutan 47:39 Rancangan LRT Kelana Jaya Line 52:48 Isu tambang e-hailing 56:49 Sektor penerbangan 01:00:40 Dilema DAP dengan kerajaan 01:07:29 Isu RUU tidak mendapat sokongan 2/3 01:10:54 PRN Sabah 01:15:12 Kongres DAP 01:21:01 Suara DAP dalam reformasi institusi 01:24:54 Hubungan UMNO-DAP 01:28:57 Menjelang PRU nanti 01:32:37 Nasihat YB Anthony Loke Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad Nani Roslan: @naniroslan Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Anda boleh juga ikuti siaran ini secara audio: Spotify/Apple Podcasts - Lebih Masa Ingin jenama anda bersama platform media ke arah Malaysia yang lebih saksama, lestari dan bersatu? Jom bercerita bersama di hello@lebih-masa.com Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Mamathusin & Alyf Firdaus JURUTEKNIK: Chandra Arjun MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon #niknazmi #naniroslan #anthonyloke #MOT #DAP