У нас вы можете посмотреть бесплатно MAJLIS PENYERAHAN SURAT TAWARAN DAN ANGKAT SUMPAH IBET VOLUNTEER ZON KUCHING, SIBU DAN MIRI или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
KUCHING: Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS), Jabatan Premier Sarawak telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Angkat Sumpah IBET Volunteer Zon Kuching yang berlangsung di Auditorium Wisma Sabati, Kuching. Majlis Angkat Sumpah IBET Volunteer Zon Kuching tersebut telah disempurnakan di hadapan YBrs. Tuan Haji Abdul Wahab bin Haji Rahim, Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak, bersama YBhg. Dato Clarence Rorote anak Sagon, Timbalan Pengarah (Security) UKPS dan pegawai-pegawai kanan UKPS. Seramai 155 orang IBET Volunteer yang dilantik telah melapor diri dan menerima tawaran pelantikan rasmi sebelum melafazkan angkat sumpah sebagai tanda komitmen dan kesediaan dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Turut bersama hadir Mej. Steven Anak Kadir dari Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia Cawangan Negeri Sarawak. Penglibatan IBET Volunteer diharap dapat memperkukuh usaha keselamatan dan penguatkuasaan di peringkat komuniti di samping meningkatkan kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat. Inisiatif ini juga selaras dengan usaha memperkasakan peranan sukarelawan dalam menyokong agenda keselamatan dan kesejahteraan Sarawak. SIBU DAN MIRI, 11 Februari 2026 – Seramai 113 orang veteran ATM secara rasminya telah menerima surat tawaran dan selesai melafazkan angkat sumpah sebagai IBET Volunteer bagi Zon Sibu dan Zon Miri pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, seramai 86 orang IBET Volunteer adalah dari Zon Sibu, manakala 27 orang lagi adalah dari Zon Miri. Majlis ini diadakan bagi menandakan permulaan tugas mereka sebagai sukarelawan yang akan membantu dalam urusan komuniti di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS). Dengan pelantikan ini, IBET Volunteer diharapkan dapat memberikan kerjasama yang baik dan menjalankan tanggungjawab dengan jujur. Fokus utama adalah untuk bersama-sama menjaga keharmonian dan keselamatan kawasan setempat masing-masing. Selamat bertugas diucapkan kepada semua IBET Volunteer yang baharu dilantik. Semoga khidmat yang diberikan dapat memberi manfaat kepada masyarakat. #ukps #SafeandSecureSarawak #AnHonourToServe #jabatanpremiersarawak #VeteranATM