У нас вы можете посмотреть бесплатно MAJLIS IFTAR DAN APRESIASI KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM(NRES) TAHUN 2026 или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Putajaya, 2 mac 2026 - Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) hari ini menganjurkanMajlis Iftar dan Apresiasi NRES 2026 yang menghimpunkan warga kementerian serta agensi di bawahnya dalam suasana penuh muhibah dan kesyukuran sempena Ramadan. Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup. Turut hadir, Timbalan Menteri, Tuan Syed Ibrahim Syed Noh, Ketua Setiausaha, Datuk Dr Ching Thoo a/l Kim, barisanpengurusan tertinggi kementerian dan ketua-ketua jabatan serta agensi. Dalam ucapan YB Menteri, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen dan dedikasi seluruh warga NRES dalam memperkukuh agenda kelestarian alam, selaras aspirasi Malaysia MADANI. Beliau turut menekankan bahawa Ramadan bukan sahaja bulan ibadah, malah ruang terbaik untuk memperkukuh integriti, nilai kebersamaan dan semangat berpasukan dalam perkhidmatan awam. “Semangat Ramadan mengajar kita erti kesederhanaan, amanah dan tanggungjawab. Nilai-nilai ini perlu terus diterjemahkan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat, khususnya dalam memastikan pengurusan sumber asli dan alam sekitar negara sentiasa terpelihara,” ujar beliau. Beliau juga menegaskan, dalam tempoh yang singkat dari Disember 2025 hingga Februari 2026, NRES telah berjaya melakar sejarah dan mencapai pelbagai kejayaan yang menjadi asas kepada masa depan kelestarian negara. Antaranya, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2026 pada 25 Februari 2026 lepas. Jelasnya, Kementerian telah menurunkan kuasa pengurusan sisa terjadual kepada Sabah dan Sarawak, memberikan mereka autonomi penuh untuk mencorakkan masa depan alam sekitar mengikut acuan sendiri. “Selain itu, NRES juga telah mula merangka perundangan berkaitan Carbon Capture, Utilisation and Storage (CCUS). Usaha ini bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam pasaran karbon global. Ini termasuklah pemerkasaan inisiatif Bandar Rendah Karbon (Low Carbon Cities) dengan menyelaraskan semula kriteria hijau menggunakan teknologi terkini untuk pemantauan data emisi yang lebih tepat.” katanya lagi. Menurutnya, NRES telah berjaya memperkukuh kerjasama antara Persekutuan dan Negeri dalam isu pengurusan hutan dan biodiversiti. Melalui dana Ecological Fiscal Transfer (EFT), NRES telah memastikan negeri-negeri yang mengekalkan kawasan tadahan air dan hutan simpan mendapat insentif yang sewajarnya. Majlis turut diisi dengan sei perkongsian oleh Ustaz Bahtiar Fitri serta penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pegawai Bersara, sumbangan kepada petugas pembersihan dan anggota RELA yang bertugas di NRES sebagai tanda keprihatinan NRES. Seiring komitmen terhadap amalan gaya hidup lestari, penganjuran majlis ini juga menitikberatkan pengurangan penggunaan plastik sekali guna serta pengurusan sisa makanan secara berhemah. Penganjuran majlis seumpama ini diharap dapat terus memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga kementerian serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam memacu agenda kelestarian alam negara. #nres #putrajaya #alamsekitar