У нас вы можете посмотреть бесплатно [PELBAGAI ISU ]-Siri 9 -(Pemurnian Syariat) Adakah Memasak Itu Tugas Suami? Sikap Dengan Orang Kafir или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
https://darulkautsar.wordpress.com/ [VIDEO TEMATIK HADITH - PELBAGAI ISU] Siri 9 - (Pemurnian Syariat) Adakah Memasak Itu Tugas Suami? Sikap Dengan Orang Kafir & Pelajar Pondok Dipaksa Botakkan Kepala Maulana Muhd Asri Yusoff Video penuh asal - • Sesi 1 - Permulaan Fardhu Puasa - [Sunan A... [KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH -https://syarahanhadits.school.blog/hadith-... ] (PEMURNIAN SYARIAT) ADAKAH MEMASAK ITU TUGAS SUAMI? SIKAP DENGAN ORANG KAFIR & PELAJAR PONDOK DIPAKSA BOTAKKAN KEPALA Hadith Berkaitan . حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ نَصْرٍ الْجَهْضَمِيُّ، أَخْبَرَنَا أَبُو أَحْمَدَ، أَخْبَرَنَا إِسْرَائِيلُ، عَنْ إِسْحَاقَ، عَنِ الْبَرَاءِ، قَالَ كَانَ الرَّجُلُ إِذَا صَامَ فَنَامَ لَمْ يَأْكُلْ إِلَى مِثْلِهَا وَإِنَّ صِرْمَةَ بْنَ قَيْسٍ الأَنْصَارِيَّ أَتَى امْرَأَتَهُ وَكَانَ صَائِمًا فَقَالَ عِنْدَكِ شَىْءٌ قَالَتْ لاَ لَعَلِّي أَذْهَبُ فَأَطْلُبُ لَكَ شَيْئًا . فَذَهَبَتْ وَغَلَبَتْهُ عَيْنُهُ فَجَاءَتْ فَقَالَتْ خَيْبَةً لَكَ . فَلَمْ يَنْتَصِفِ النَّهَارُ حَتَّى غُشِيَ عَلَيْهِ وَكَانَ يَعْمَلُ يَوْمَهُ فِي أَرْضِهِ فَذَكَرَ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَنَزَلَتْ { أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَائِكُمْ } قَرَأَ إِلَى قَوْلِهِ { مِنَ الْفَجْرِ } .. Dengan sanadnya, Imam Abu Daud meriwayatkan daripada al-Bara' katanya: Seseorang itu (di zaman Nabi s.a.w.) bila telah berpuasa lalu dia tertidur dia tidak boleh makan sampai keesokan malam. Sirmah bin Qais al-Ansari kebetulan pulang kepada isterinya. Dia berpuasa. Dia bertanya isterinya, "Adakah sesuatu (makanan) pada kamu?". Isterinya menjawab, "Tidak ada. Tapi mudah-mudahan nanti saya carikan untuk kamu". Dia pun pergi. Dan Sirmah pun terlelap. Bila isterinya pulang, isterinya berkata, "Ruginya kamu". Belum sampai separuh hari keesokannya dia telah jatuh pengsan. Dia sepanjang hari bekerja di tanahnya (ladangnya). Apa yang berlaku itu disebutkan kepada Nabi s.a.w. maka turunlah ayat, "Dihalalkan kepada kamu pada malam hari (Ramadhan) bersetubuh dengan isteri-isteri kamu....". Nabi membaca ayat itu sehingga sampai kepada, "... waktu fajar". [RINGKASAN] (Pemurnian Syariat) Adakah Memasak Itu Tugas Suami? Sikap Dengan Orang Kafir & Pelajar Pondok Dipaksa Botakkan Kepala 1. ADAKAH TUGAS SUAMI DAN BUKANNYA ISTERI UNTUK MEMASAK DAN MENGURUSKAN RUMAH TANGGA? Dari hadith ini dapat diketahui bahawa tugas menguruskan rumah tangga seperti memasak, membasuh pakaian dan seumpamanya dilakukan oleh isteri. Adalah tidak tepat pendapat sesetengah orang yang kononnya hendak mengamalkan ajaran Islam meletakkan semua tugas termasuk menguruskan rumah tangga kepada suami. Adat kebiasaan masyarakat ('uruf) di zaman Nabi adalah menyerahkan tugas menguruskan rumah tangga kepada isteri. Walaupun begitu, sekiranya seseorang suami tidak menjalankan tanggungjawab dan menyerahkan kepada isteri semua tugas termasuk untuk mencari rezeki, isteri boleh mendapatkan haknya dengan mengadu kepada hakim. Ini sebagai peringatan kepada para suami supaya menjalankan tanggungjawabnya. Amat malang apa yang berlaku di dalam masyarakat kita, ada lelaki yang menyerahkan segala urusan di dalam dan di luar rumah kepada isteri dan dia sendiri bergoyang kaki. DI zaman Nabi, isteri berganding bahu bekerja dan berusaha membantu suami termasuk juga di luar rumah. [Nota: Di dalam hadith ini (lihat terjemahan hadith) dinyatakan bahawa isteri kepada Sirmah (seorang Sahabat Nabi) keluar mencari makanan. Sebenarnya di rumah Sirmah sudah ada buah tamar, tetapi Sirmah teringin makan gandum. Dinyatakan dalam suatu hadith yang lain, isteri Sirmah keluar mencari makanan dengan menukarkan tamar yang dipunyainya dengan gandum. Di sini dilihat isteri juga memainkan peranan dalam sebuah rumah tangga]. 2. SIKAP KEPADA ORANG KAFIR ZIMMI (ORANG KAFIR YANG DILINDUNGI) Di dalam kitab-kitab fekah disebutkan bagaimana orang kafir zimmi perlu dilayan seperti warga kelas kedua dan rendah tarafnya berbanding dengan orang Islam. Orang kafir zimmi hendaklah menyisih dan menjauh dari orang Islam di jalan-jalan dan perlu sentiasa memakai pakaian warna hitam. Sikap dan perlakuan sebegini tidak mencerminkan toleransi dan lemah lembutnya agama Islam yang menyebabkan orang kafir lari dari Islam. 3. SUATU MASA DULU, PELAJAR LELAKI DI PONDOK-PONDOK DIWAJIBKAN MEMBOTAKKAN KEPALA Ini menyebabkan pelajar tidak seronok belajar agama kerana penampilan yang hodoh. Walhal dalam sunnah, Nabi s.a.w. membotakkan kepala hanya tiga kali sepanjang hayatnya. Itupun kerana sebab-sebab tertentu seperti untuk keluar dari ihram ketika mengerjakan haji (tahallul). SAMBUNGAN NOTA DI RUANGAN KOMEN UTUBE