У нас вы можете посмотреть бесплатно PN NAK TUNGGANG ISU KG SUNGAI BARU, AKHIRNYA TERNTUNDUK PN YANG SOKONG PENGUSAHA ATAU PEMAJU! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat ada kewajaran bagi pihak yang terlibat dengan isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur ketika pentadbiran PN untuk memberi penjelasan. Menyifatkan pengambilan tanah di situ sebagai isu lama, Tuan Ibrahim berkata penjelasan daripada pihak berkenaan diperlukan. “Ini (isu) dah lama, jadi saya ingat ia perlu penjelasan daripada pihak berkenaan, pada waktu itu. “Sebab ini legasi yang wujud sejak bertahun-tahun sebelumnya. “Saya sendiri secara peribadi (rasa) kita perlukan penjelasan terhadap perkara-perkara tersebut, apa yang berlaku pada tempoh tersebut perlu penjelasan lanjut,” katanya kepada Malaysiakini. Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya jika isu tersebut merupakan kesilapan kerajaan PN apabila ia didakwa tercetus ketika itu. Ahli Parlimen Kubang Kerian itu antara 23 wakil rakyat pembangkang yang hadir mendengar taklimat yang disampaikan penduduk kampung berkenaan yang terkesan dengan projek pembangunan di kawasan itu, semalam. Dalam pertemuan itu, Pengerusi Jawatankuasa Sementara Penduduk Kampung Zainab Alias mendakwa beberapa bekas menteri dan wakil rakyat terdahulu menyebelahi pemaju, termasuk Annuar Musa, Shahidan Kassim, serta ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu, Rina Harun. “Kami dah bagi tempoh berapa lama tiada siapa wakil rakyat pun jumpa kami, yang saya sedih YB Rina pun boleh sokong dengan pemaju, tanah kami dia sokong (pemaju), saya marah. "Saya sebut satu lagi nama menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Annuar Musa, selepas itu jumpa Shahidan Kassim,” katanya. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata isu di Kampung Sungai Baru itu merupakan kezaliman yang tidak sepatutnya dibenarkan berlaku. “Ia juga tentang hak orang Melayu di kawasan ini yang akan hilang. Kalau mereka setuju, mereka mungkin akan dapat sebuah rumah sebagai ganti, tapi yang jelasnya mereka dipaksa. “(Kalau) tak terima pergi mahkamah, berapa mahkamah putuskan itulah yang tinggal. Jumlah pampasan RM250,000 ke RM300,000 itu bukan nilai yang sebenar. “Rumah-rumah di kawasan ini (sepatutnya) akan cecah RM800,000 ke RM1 juta seunit. Ini satu kezaliman yang tidak sepatutnya diizinkan dalam negara kita,” katanya lagi. Sumber Berita/Video 1. YT Bro ISwardy 2. https://www.malaysiakini.com/news/739644 #tunggangkgsungaibaru #PNsendiriterlondesokongpemaju Join this channel to get access to perks: / @oraitnopochannel