У нас вы можете посмотреть бесплатно Malaysian food life: Eggplant Harvest. Pajeri terung dan cencaru bakar bercili yang sangat sedap! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Terung dah mula boleh di tuai. Ya Allah bulat berkilat dan besar-besar buah terung kali ni.. Inilah untungnya jika berbudi pada tanah.. bak kata orang rezeki Allah tak pernah salah alamat. Hari ni kak ita nak masak pajeri terung resepi special di kongsikan oleh kakak kak ita kak Yatie. Masa berkunjung ke rumah abang hari tu kak yatie sediakan pajeri terung yang sangat sedap! terasa-rasa lagi kesedapannya hingga pulang ke rumah.. sentiasa aje teringat-ingat.. Bila terung dah mula boleh di tuai resepi yang mula terlintas nak buat adalah pajeri terung. Apa lagi berpencak silat lah kita di dapur menyediakan bahan yang di perlukan. Kak ita lawankan dengan ikan caru bakar bercili.. Ya Allah tak sedar bertambah-tambah nasi di pinggan.. memang berselera sungguh hidangan hari ni.. Pada yang nak cuba kak ita kongsikan resepinya untuk kita sama-sama merasa. Resepi pajeri ni bukan sahaja boleh menggunakan terung bulat , tapi boleh juga guna terung panjang atau nenas pun sedap! PAJERI TERUNG 4 biji terung ~ potong baji dan goreng sekejap je. Kemudian toskan. Bahan Tumbuk atau kisar 3 labu bawang besar ( sederhana besar )atau 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inc halia 10 tangkai cili kering ~ rendam bagi lembut 1 sudu besar udang kering ~ rendam bagi lembut 1 sudu teh jintan manis 1 sudu teh jintan putih Kesemua bahan di tas di tumbuk atau di kisar rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkit dan biji pelaga 2 keping asam keping air secukupnya 1 sudu besar kerisik 1/2 cawan santan garam gula melaka gula ajinomotor atau secukup rasa cili hijau dan cili merah untuk hiasan ** cara memasak boleh rujuk video IKAN CENCARU BAKAR BERCILI 4 ekor ikan caru ~ siang cuci bersih dan belah belakang kemudian lumurkan garam perap sekejap Daun pisang secukupnya daun kunyit ~ di rampai limau kasturi Bahan Tumbuk atau kisar 4 batang cili merah 10 tangkai cili padi 2 inc belacan 2 labu bawang besar ( sederhana ) atau 6 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih ** bahan di atas di tumbuk halus 1/2 cawan air asam jawa minyak untuk menumis garam gula perasa atau aji no motor ** cara masak boleh rujuk video Salutkan ikan dengan bahan cili , taburkan daun kunyit dan bungkus dengan daun pisang bakar hingga masak Sedia di hidangkan bersama nasi dan pajeri terung. Sumpah!! makan tak toleh kiri kanan memang padu ! Terima kasih banyak-banyak tau sudi tonton video ni sampai habis. Jika anda suka video ini jangan lupa LIKE SHARE dan SUBSCRIBE sebagai tanda sokongan. Sokongan dan dorongan dari kalian buatkan kak ita semakin bersemangat untuk berkongsi resepi yang terbaik! Muzik latar : OrangeHead • [No Copyright Music] Malay Scenery Asian N...