У нас вы можете посмотреть бесплатно Safee Sali Masih Berbisa ‘Ayam-ayamkan’ Bintang Liga Perdan Inggeris Di USA. Captain Armbands SS10!! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Ramai kini mengikuti perkembangan The Soccer Tournament (TST) yang sedang berjalan di Amerika Syarikat kerana Safee Sali. Dan bekas penyerang Harimau Malaya itu membuktikan dirinya masih berbisa dengan mengakali barisan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mewakili West Ham United. Diberi peluang menyarung lilitan kapten untuk pasukan Far East United, Safee Sali menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Hammers diketuai Anton Ferdinand. Dan walaupun cuba dikekang bekas bek tengah Queens Park Rangers itu, bekas penyerang KL City itu masih mampu melepaskan rembatan menewaskan penjaga gol, David Martin. Video aksi menarik Safee turut dikongsikan di akaun Twitter wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Walaupun dibarisi bekas bintang EPL lain seperti Carlton Cole, Matt Jarvis dan Marlon Harewood, itu masih tidak cukup untuk mengejar Far East United. Pada akhir perlawanan, Far East United menang 4-2 ke atas Hammers. Begitupun, kecemerlangan beliau dan Far East United gagal diteruskan dalam perlawanan seterusnya apabila mereka tumbang 2-0 kepada Culture by Mo Ali FC. Di sebalik kekalahan itu, Safee dan Far East United masih ada peluang layak ke pusingan seterusnya. Ini selepas satu lagi pasukan Kumpulan D, Dallas United disingkirkan oleh pihak penganjur selepas dakwaan cacian berbaur perkauman dibuat seorang pemain pasukan itu terhadap beberapa pemain West Ham. Jangan Lupa Like dan Subscribe!! Terima Kasih.