У нас вы можете посмотреть бесплатно Ops Sapu & Ops Selera K. Terengganu, K. Nerus dan Hulu Terengganu или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗝𝗜𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗘𝗥𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗨𝗔𝗧𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨 𝗗𝗔𝗡 𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗘𝗟𝗘𝗥𝗔 KUALA TERENGGANU, 20 April 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu telah melaksanakan operasi penguatkuasaan Ops Sapu dan Ops Selera di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu bermula jam 8.00 malam hingga 6.00 pagi. Operasi ini dilaksanakan oleh sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan JIM Terengganu. Sebanyak 11 premis diperiksa melibatkan 53 individu yang terdiri daripada warganegara Malaysia, Myanmar, Bangladesh, Indonesia, India dan Thailand. Hasil pemeriksaan, seramai 16 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya ditahan, terdiri daripada 15 lelaki dan seorang perempuan berumur antara 19 hingga 49 tahun. Tangkapan melibatkan 5 warga Myanmar (4 lelaki, 1 perempuan), 2 warga Bangladesh (lelaki), 7 warga Indonesia (lelaki), seorang warga India (lelaki) dan seorang warga Thailand (lelaki). Antara lokasi tangkapan termasuk beberapa rumah di Kampung Gong Pantai, Taman Sri Pantai dan Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu (8 tangkapan); sebuah kedai makan di Kampung Kubur Shariff, Padang Nenas, Kuala Nerus (1 tangkapan); rumah di Kampung Mengabang Kapal, Batu Rakit, Kuala Nerus (4 tangkapan); serta pondok pengawal dan rumah pekerja di Kampung Bukit Diman, Ajil, Hulu Terengganu (2 tangkapan). Semua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penjara atau kedua-duanya sebelum diusir keluar negara. Sepanjang operasi, tiga individu tempatan telah diberikan notis untuk hadir ke pejabat Imigresen bagi tujuan keterangan lanjut dan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. JIM Terengganu terus komited dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang imigresen bagi menjaga kedaulatan negara dan menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan pendatang asing tanpa izin melalui saluran rasmi jabatan. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #ImmigrationWorldClass #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #JIMTerengganu