Русские видео

Сейчас в тренде

Иностранные видео


Скачать с ютуб Sidang media Wee Ka Siong berkenaan isu penjualan saham MAHB oleh KWSP в хорошем качестве

Sidang media Wee Ka Siong berkenaan isu penjualan saham MAHB oleh KWSP 10 дней назад


Если кнопки скачивания не загрузились НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru



Sidang media Wee Ka Siong berkenaan isu penjualan saham MAHB oleh KWSP

Sidang media Presiden MCA merangkap ahli parlimen Ayer Hitam Wee Ka Siong berkenaan isu penjualan saham MAHB oleh KWSP 1. KWSP dapat RM102 juta susulan penjualan saham MAHB pada tahun 2023. Tetapi KWSP terpaksa beli balik saham MAHB pada tahun 2024 & 2025 dengan dana tambahan antara RM539 JUTA hingga RM686 JUTA. Hanya membeli balik 9.88% saham MAHB yang asalnya dimiliki oleh KWSP. Ini rugi ke untung? 2. MK2 memisahkan aktiviti penjualan saham dan rancangan penswastaan sebagai 2 perkara berbeza. Ini tak boleh diterima kerana ianya MELIBATKAN DANA PELABURAN YANG SAMA DARI KWSP. 3. Polisi "Chinese wall" membenarkan individu tertentu dianggap “above the wall” di dalam KWSP? Siapa dia? CEO atau Ahli Lembaga Pengarah KWSP? Kenapa individu “above the wall” ini tidak menggunakan kebijaksanaannya atau "wisdom" untuk membuat keputusan yang akhirnya menguntungkan pencarum KWSP? 4. ⁠Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Khazanah Nasional juga mengamalkan polisi "Chinese wall" yang sama. Kenapa KWAP & Khazanah MEMBELI dan MENAMBAH PEGANGAN SAHAM masing-masing sebanyak 3,555,346 dan 17,632,575 saham MAHB sepanjang tempoh 13 bulan yang sama ketika KWSP MENJUAL saham sebanyak 163,363,080? Sama-sama mengamalkan polisi "Chinese wall", tetapi yang menghairankan ialah Khazanah serta KWAP dan KWSP menghala ke arah bertentangan! 5. ⁠SIAPA memberi mandat kepada para pengurus dana menjual saham MAHB secara besar-besaran dalam 13 bulan tersebut? Tindakan ini akan memberi tekanan harga saham menjadi lebih rendah harganya. Ini tidak patut berlaku. 6. ⁠Kenapa syor saya untuk melakukan penambahbaikan SOP penjualan saham aset strategik negara tidak dipertimbangkan? Perketatkan SOP, pelaporan lebih telus, salahkah? Bukankah ini dapat menghindar perkara yang sama berulang lagi di kemudian hari?

Comments