У нас вы можете посмотреть бесплатно CHAR KUEY TEOW BROTHER BOB | CKT & Mee Kari Jalanan yang Padu🔥😍 Murah & Berbaloi!! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
BROTHER BOB CHAR KUEY TEOW, JALAN SALLEH, MUAR Gerai tepi jalan ini dioperasikan oleh pemuda berusia 22 tahun iaitu Aiman dan baru sahaja dibuka pada akhir bulan Julai 2021 di Jalan Salleh, Muar. Gerai ini merupakan cawangan kedua daripada gerai asalnya yang dimiliki oleh abang kandungan Aikman, iaitu Amirul dan terletak di Tanjung Agas, Tangkak. Keistimewaan gerai ini adalah menu jualannya yang agak jarang ditemukan di tempat lain bagi satu gerai kecil di tepi jalan. Menu utamanya ialah kepelbagaian jenis char kuey teow dan satu lagi menu istimewa iaitu mee kari. Aiman membuka cawangan gerai Brother Bob Char Kuey Teow ini adalah disebabkan situasi PKP yang mengehadkan operasi pekerjaan asalnya dalam bidang katering di sekitar daerah Muar sebelum ini. Kekangan dan sekatan dalam pengoperasian khidmat katering sepanjang tempoh PKP ini, beliau mengambil keputusan berdasarkan pengalaman dan kemahirannya dalam bidang masakan untuk mengembangkan lagi bisnes asal milik abangnya dengan membuka cawangan gerai ini di Muar. Perniagaan keluarga ini diteruskan dengan mengambil pendekatan yang sedikit berbeza seperti kebiasaannya bersesuaian dengan keadaan semasa PKP ini. Walaupun baru sahaja beroperasi, gerai ini telah memiliki pelanggan setianya sendiri di samping kunjungan para pelanggan yang tidak putus setiap hari. Menu : Char Kuey Teow pelbagai jenis dan harga - Kerang (RM5.00) Ayam (RM5.00) Daging (RM6.00) Udang (RM8.00) Special (RM10.00) Menu istimewa : Mee Kari (RM6.00) Lokasi : Jalan Salleh, Muar. Betul-betul di hadapan 7-Eleven Jalan Salleh dan berdekatan dengan Restoran Village Grill Muar. Hari niaga : Setiap hari. Cuti setiap hari Rabu (minggu ganjil). Waktu niaga : 4.00 petang hingga 10.00 malam. Untuk tempahan : 0133445135 (Amirul) #sahabatjauharchannel #charkeuyteow #meekari #charkueyteowmuar #meekarimuar #makanamalkongsi #makanmuar #makansambilberamal #makansedap #charkueyteowpadu #meekaripadu #malaysiastreetfood #streetfoodchannel #berkongsirezeki #indahnyaberkongsirezeki #muarbandardiraja #supportpeniagakecil #peniagakecil