У нас вы можете посмотреть бесплатно "Dulu Pegawai kini Petani Moden" - Mohamad Noralam Sahroni или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
http://www.johortimes.my KOTA TINGGI 22 Dis.- Kerana berminat dan ingin berbakti kepada tanag, seorang pemuda sanggup melepaskan kerjayanya sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur semata-mata mahu menjadi seorang petani moden di kampung halamannya di Felda Semencu di sini. Mohamad Noralam Sahroni, 33 berkata pada awalnya keluarganya juga kurang yakin dengan keputusannya, namun dia berjaya meraih kepercayaan mereka setelah berjaya mengusahakan kebun tanamannya. Menurutnya, kebun fetigasi yang diusahakan kira-kira setahun di tanah rezab di Felda Semenchu di sini adalah sebagai bukti bahawa golongan belia yang dahulunya terlibat dalam aktiviti kolar putih mampu berkebun. "Ramai anak-anak muda sekarang lebih minat kepada kerja-kerja di pejabat, tidak kena matahari dan selesa. Namun saya melihat pertanian mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan jika kita fokus. "Tambahan pula pada hari ini pihak kerajaan telah menyediakan banyak peluang terutamanya buat golongan muda seperti saya untuk menjadi usahawan tani lebih-lebih lagi di Johor ini," katanya yang ditemui di tapak projek fetigasi miliknya di sini baru-baru ini. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Hamimah Mandor dan Pegawai Pertanian Darah Kota Tinggi, Azizul Hafiz Azizan. Mohamad Noralam memberitahu, masa yang fleksible disamping dapat sentiasa meluangkan masa berkualiti bersama keluarga antara sebab lain dia mahu menceburi bidang tersebut. Katanya, jika sebelum ini dia hanya dapat berjumpa dengan keluarganya di kampung setahun sekali namun kini setiap hari dia dapat meluangkan masa bersama. Jelasnya, kini tapak fetigasi seluas tiga ekar dengan tanaman cili dan timun itu juga kini diusahakan bersama keluarganya selain dibantu seorang pekerja yang juga rakan karibnya. "Isteri juga turut menyokong apa yang saya lakukan sekarang. Malah apa yang lebih penting sekarang ini saya dapat meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga," katanya lagi. Sementara itu, Hamimah yang ditemui selepas selepas membuat lawatan kerja dan menyerahkan sijil penghargaan daripada Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi kepada Mohamad Noralam berkata, usaha yang dilakukan Mohamad Noralam amat dipuji kerana beliau sanggup menukar haluan semata-mata mahu menjadi seorang petani. "Saya berharap apa yang dilakukan Mohamad Noralam ini akan menjadi ikutan dan mentor pada generasi muda yang lain. "Tambahan pula kerajaan kini telah banyak menyediakan skim usahawan untuk golongan muda supaya mereka boleh menjadikan pertanian sebagai sumber pendapatan," katanya