У нас вы можете посмотреть бесплатно RADIN MAS UJI - TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA VIDEO LIRIK LAGU DIKIR BARAT ASLI CIK SITI WAN KEMBANG или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
lagu ini menceritakan tentang sejarah Cik Siti Wan Kembang iaitu Raja Perempuan Kelantan yang dinyanyikan oleh Radin Mas Uji ( Raden Mas Uji ). Radin Mas uji adalah antara seorang penyanyi dikir barat yang terkenal di negeri Kelantan. Cik Siti Wan Kembang merupakan seorang pemerintah wanita legenda yang pernah memerintah sebuah kesultanan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu bernama Kelantan. Berdasarkan sejarah yang diceritakan, Cik Siti Wan Kembang dikatakan memerintah Kelantan sejak 1610 hingga 1677. Baginda juga selalu menjadi watak utama dalam cerita-cerita kisah sejarah yang sering diceritakan oleh rakyat Kelantan. Walaubagaimanapun, sehingga kini masih belum terdapat bukti arkeologi yang jelas bagi menyatakan kesahihan dan kewujudan watak Cik Siti Wan Kembang yang sentiasa kedengaran dalam hikayat klasik dan cerita rakyat terutama yang berlatar belakangkan masyarakat Melayu Kelantan. Baginda diceritakan pernah memerintah sebuah negeri yang bernama "Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong" dan memakai gelaran nama Seri Maharaja Puteri. Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang bermula di Gunung Chinta Wangsa dan menjadi terkenal menyebabkan banyak negeri tersebut dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab. Para pedagang-pedagang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti". Cik Siti Wan Kembang mempunyai seekor kijang yang amat disukainya, iaitu hadiah persembahan daripada rakyatnya yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah dicetak di atas wang emas untuk perbelanjaan negeri, dan kemudian nya diterapkan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Di masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah negeri Gunung Chinta Wangsa, maka di sebelah timur laut negeri Kelantan telah wujud sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, di bawah pemerintahan Raja Sakti pada tahun 1638. Setelah Raja Jembal mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada tahun 1649. Raja Jembal dianugerahkan dengan dua orang cahaya mata iaitu seorang putera dan seorang puteri bernama Puteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin diantara kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal. Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan nya nanti, kerana Cik Siti Wan tidak mempunyai puteri ataupun putera kerana baginda tidak pernah berkahwin. Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, Baginda digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak. Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.