У нас вы можете посмотреть бесплатно Drama Pendek [DAMPAK] SK Long Banga или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Sebuah drama pendek yang bertemakan Pencegahan Dadah dan buli di sekolah. Dilakonkan oleh barisan pengawas, Murid Tahun 6 dan Tahun 5 & beberapa orang guru SK Long Banga Sesi 2024/2025 Dadah Akan Mempengaruhi Personaliti, Akhlak & Kehidupan (D.A.M.P.A.K) Mengisahkan seorang murid bernama Thomas yang bermasalah (menganggap diri lemah) kerana sering membandingkan diri dengan kejayaan murid lain. Sikapnya semakin berubah menjadi agresif, cepat marah, membuat ugutan, lari dari sekolah bahkan mencuri duit gurunya selepas berkawan rapat dengan Hayron, seorang murid harian yang menghadapi tekanan keluarga di rumah oleh ibu tiri (Puan Lina) dan adik tirinya (Mimi). Masalah keluarga telah mendorong Hayron kerap berkeliaran selepas waktu kelas sehingga mula dipengaruhi oleh seseorang dewasa untuk mengambil "gula-gula kebahagiaan" yang sebenarnya akan membawa DAMPAK terhadap dirinya dan orang sekeliling. Dalam masa yang sama, seorang murid baru pindah dari bandar bernama Rania pula bersikap meninggikan diri terhadap rakan sekelasnya yang sememangnya murid di pedalaman. Hal ini menjadikan Rania sangat tidak disenangi oleh Fariska dan sahabatnya Monica, Sofia dan Marnisha sehingga berlakunya perselisihan antaran mereka. Daniel pula merupakan seorang pengawas yang komited menjalankan tugas selain sahsiah diri yang baik. Hal ini sangat dicemburui oleh Ronny yang tidak terpilih menjadi pengawas kerana sikapnya yang tidak memuaskan. Konflik terjadi antara Daniel dan Ronny apabila Ronny berkomplot dengan Thomas yang agresif dan ditakuti rakan sekelas. Dengan bantuan Thomas, Ronny telah menyimpan duit yang dicuri bersama Thomas dalam buku Daniel untuk dijadikan kambing hitam. Arahan & skrip oleh : Cikgu Ramlee anak Langit Terima kasih kepada semua ibu bapa murid terlibat yang telah memberi kebenaran bertulis untuk membenarkan video, audio dan gambar murid dimuat naik di media sosial bagi program sekolah. Terima kasih juga kepada warga SK Long Banga yang memberikan kerjasama sepanjang penggambaran. Mohon maaf atas kualiti video, audio, imej yang tidak memuaskan kerana sesungguhnya ia dihasilkan tanpa asas ilmu videografi melainkan atas minat dan keyakinan murid semata-mata untuk mempamerkan bakat masing-masing. Terima kasih kerana menonton, like & subcribe.