У нас вы можете посмотреть бесплатно RICE CRACKER @ BIPANG или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Memanfaatkan lebihan nasi dengan membuat rice cracker atau bipang. HOW IS IT MADE? Rice Cracker atau Bipang adalah makanan produk tempatan. Rasanya manis, enak dan ranggup. Bipang boleh dimakan begitu sahaja dan sesuai makan bersama keluarga. Cara membuat bipang ialah dengan menggunakan nasi, minyak untuk menggoreng dan gula pasir. Namun ada juga yang menggunakan gula apong dan terpulang kepada kita sendiri. Untuk kali ini saya gunakan gula pasir. Cara awal ialah ambil nasi dan gaul, dicerai-ceraikan dan kalau boleh hingga menjadi sebutir-sebutir. Selepas itu ia perlu dijemur di bawah sinaran matahari yang terik supaya benar-benar kering. Masa menjemur ialah dua hingga tiga hari. Kalau belum kering jemur lagi. Setelah kering nasi tersebut digoreng hingga kembang, tapi jangan terlalu kembang untuk elak menjadi "pop corn". Selepas digoreng nasi tersebut diangkat, ditoskan dan biarkan sehingga sejuk. Selepas itu masakkan gula pasir sehingga benar-benar hancur dan berwarna perang. Setelah hancur, tutupkan api dan masukkan nasi tadi ke dalam kuali bersama gula pasir yang telah dimasak. Gaul rata dan sebati. Waktu ini kerja menggaul mestilah cepat dan pantas utk mengelakkan gula cepat kering. Selepas itu masukkan nasi yang sudah digaul rata ke dalam bekas atau loyang dan ratakan. Biarkan ia sejuk sebelum dipotong. Jika masih panas dan terus dipotong ia akan melekat. Selepas dipotong bipang boleh dimakan. Selamat mencuba!