У нас вы можете посмотреть бесплатно EP182 | Amaran DAP Kepada PMX, Kesan Domino PRN Sabah, Rombakan Kabinet, Masa Depan BN или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Episod 182 Audio Siar Keluar Sekejap mengupas kesan domino yang tercetus selepas kekalahan mendalam Kerajaan Madani di PRN Sabah. Perbincangan merangkumi tekanan politik yang semakin memuncak apabila DAP menetapkan tempoh enam bulan kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan reformasi, desakan dalaman daripada saudara Rafizi berhubung isu integriti, serta kegagalan komunikasi kerajaan dalam menyampaikan inisiatif dan menguasai naratif kepada rakyat. Episod ini juga meneliti spekulasi mengenai rombakan Kabinet yang dijangka dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam masa terdekat dan bagaimana langkah tersebut boleh mengubah hala tuju politik nasional. Turut dianalisis ialah krisis dalaman Barisan Nasional, susulan keputusan MIC meluluskan usul keluar BN serta pendirian MCA yang bersedia berbuat demikian sekiranya UMNO memilih bekerjasama dengan DAP. Ketidaktentuan dalam BN ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan gabungan itu dan peranan UMNO dalam landskap politik negara. Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar? Taja episod Keluar Sekejap 2026! Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected] 00:00 Intro 7:06 Pasca PRN Sabah 11:10 Analisa KJ tentang DAP 19:08 Analisa Shahril tentang DAP 23:17 PMX 27:30 Naratif Ekonomi Madani 34:30 Ekonomi Rakyat 42:30 Peranan Rafizi 46:00 Masa depan BN 58:00 Rombakan Kabinet