У нас вы можете посмотреть бесплатно Hilang Duka - Sarena Hashim (Official Audio) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Menceburi bidang nyanyian sedari kecil, Sarena Hashim banyak membuat persembahan di pertunjukan amal sekitar Pulau Pinang. Apabila usianya meningkat dewasa, Sarena memberanikan diri dengan menyertai pertandingan Bintang Radio RTM di dalam tahun 1966, di dalam kategori langgam. Walaupun hanya berjaya hingga ke peringkat separuh akhir, bakat Sarena tidak dipandang sepi oleh RTM apabila beliau ditawarkan untuk menjadi salah seorang pengacara dan penghibur tetap di dalam program 3 Juita, bersama Asiah Tuah dan Rubiah Lubis. Sarena kemudian berjaya mengorak langkah yang lebih luas lagi apabila menerima tawaran merakamkan suara bersama syarikat antarabangsa EMI di Singapura; SP pertama beliau telah diedarkan di dalam tahun 1969 dan menampilkan dua buah lagu: “Panggillah Daku” dan “Mimpi”. Di saat dekad 70an membuka pentasnya, Sarena terus mencipta nama dan mengharungi populariti yang luar biasa. Di bawah pimpinan Kassim Masdor dan Reggie Verghese, Sarena terus mengedarkan beberapa EP yang mendapat sambutan memberangsangkan; di antara lagu-lagu popular beliau termasuklah “Harapan Bersama”, “Teruna Jiran Tetangga”, “Bayangan Menjelma” dan “Jangan Menangis”. Perlu diingatkan yang hampir kesemua lagu-lagu saduran mahupun ciptaan baru pada masa itu, liriknya digarap oleh Sarena sendiri. Sarena percaya bahawa penyanyi yang menghasilkan lirik sendiri mampu menyampaikan lagu berkenaan dengan perasaan yang lebih baik. Seterusnya, beliau terus mengukuhkan lagi bakat beliau di dalam dunia seni suara dengan mencipta beberapa buah lagu di dalam EP Aku Rela Kembali, terbitan tahun 1971. Beliau juga dijemput untuk menjadi seorang juri bagi pertandingan nyanyian Bakat TV di RTM. Selain nyanyian, Sarena Hashim turut menceburkan diri di dalam bidang lakonan menerusi slot Potret Pekerti di RTM. Beliau tampil di dalam beberapa drama seperti Wajah Wanita, Cemburu, Yang Mana Satu, Benteng Perlindungan, dan lain-lain. Populariti Sarena turut menjadikan beliau di antara penyanyi yang kerap diundang membuat persembahan di SBC (Singapura) dan RTB (Brunei Darussalam). Populariti beliau memuncak apabila RTM memberikan beliau slot Hiburan Malam Minggu selama 6 episod, di bawah terbitan Helan Abu. Menerusi rancangan ini, Sarena turut menyumbang idea dan menulis skrip untuk sketsa komedi, di samping mencipta fenomena baru menerusi segmen “Lagu dan Fesyen” dengan memperagakan busana terkini rekaan Lady Jane Boutique. Antara bintang-bintang ternama yang menjadi jemputan beliau termasuklah Saloma, Sa’adiah, Hail Amir, Salamiah Hassan, Noor Azizah, Abdullah Chik, A. R. Ayappan, Lim Goh Poh, dan D. J. Dave. Selain itu, beliau turut membuat kemunculan istimewa di dalam program Saloma Show, yang menampilkan Saloma sebagai bintang utama sekitar tahun 1976. Sarena terus mengukuhkan populariti beliau apabila mengedarkan dua buah LP, Dua Kali Dua (1976) dan Kenalan Pertama (1977), di bawah terbitan Reggie Verghese, S. Atan, dan Ahmad Nawab. Satu demi satu lagu-lagu beliau menjadi popular seperti “Dua Kali Dua”, “Kenangan Manis”, “Setiap Masa”, “Kalau Hati Sudah Sayang”, dan “Menanti Malam Tiba”. Pada masa yang sama, Jins Shamsuddin turut menawarkan beliau untuk muncul di dalam filem Menanti Hari Esok, dengan memegang watak antagonis. Walau bagaimanapun, Sarena secara tiba-tiba membuat kejutan dengan mengumumkan persaraannya di dalam tahun 1978, kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga dan perniagaan keluarga. Hanya dalam tahun 1983, Sarena tampil seketika untuk menjayakan album kebajikan untuk PEMADAM bertajuk Sumpahan Dadah, di samping menjadi penerbit album untuk penyanyi Hommi Hashim. Beliau terus memencilkan diri dari sebarang bentuk publisiti, dan masih berpegang teguh untuk tidak lagi membuat sebarang kemunculan di media. Author: Dr. Ahmad Kamal Basyah Sallehuddin. Kalau dah tengok, jangan lupa LIKE & SUBSCRIBE! Follow Universal Music Malaysia on Instagram : / universalmu. . Facebook : / universalmuz. . Twitter : / umdomestic Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC7Hs... #getarannostalgia #sarenahashim