У нас вы можете посмотреть бесплатно Nasi Lemak Ni Tak Sampai Sejam Dah SOLD OUT! | Nasi Lemak Pak Daq или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
📍Lokasi » Belakang Maybank , Bandar Alor Setar, 05000 Alor Setar, Kedah ⏰ Waktu Operasi » Dibuka setiap hari dari jam 6.30 pagi hingga habis Gerai Nasi Lemak Pak Daq di Alor Setar merupakan sebuah gerai sarapan legend yang telah beroperasi lebih 40 tahun, terkenal dengan nasi lemak bungkusnya yang sedap dan minuman yang dijual pada harga luar biasa murah, teh kosong hanya RM0.30, teh tarik RM0.50, dan teh ais RM1.00. Terletak di kawasan bandar Alor Setar dan dibuka seawal 6.30 pagi hingga sekitar 8.30 pagi, gerai kecil ini menjadi port wajib bagi warga pencen, pekerja awam dan penduduk tempatan yang rindukan rasa asli sarapan kampung. Pak Daq, atau nama sebenarnya Razak Mohamed Abdullah, kini berusia 74 tahun dan masih mengusahakan gerai ini dengan penuh ikhlas, menjadikan minuman murah sebagai satu bentuk sedekah kepada pelanggan, kerana katanya rezeki cukup dengan jualan nasi lemak. Suasana santai, makanan yang ringkas tapi padu, dan layanan mesra menjadikan gerai ini bukan sekadar tempat makan, tetapi satu lambang nilai dan kenangan bagi masyarakat setempat. Destinasi TV adalah saluran digital yang mempersembahkan dokumentari mini mengenai kepelbagaian budaya, sejarah, dan tarikan tempatan di Malaysia. Kami membawa penonton menjelajahi keunikan makanan tradisional, kraf tangan yang memukau, dan pelbagai aspek budaya yang memperkaya warisan Malaysia. Setiap kisah kami sampaikan dilengkapi dengan penceritaan yang mendalam dan visual yang menarik, menjadikan setiap episod bukan sekadar tontonan, tetapi pengalaman yang mendidik dan menginspirasi.