У нас вы можете посмотреть бесплатно Ustaz Ahmad Dusuki - BESAR UJIAN, BESAR PAHALA или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Ujian itu adalah tarbiyah dari Allah untuk kita. Untuk menempuhi Kedua-dua ini perlu di latih dengan sabar. Untuk jadi sabar perlu ada ilmu. Apabila kita hidup dengan belajar dan belajar, ia akan mendekatkan diri kita dengan Allah. 2 jenis ujian 1- Ujian Kenikmatan 2- Ujian Kesakitan / Keazaban. Sesiapa yang Allah ingin berikan kebaikan (ahli syurga) pada seseorang , Allah percepatkan balasan untuknya di dunia lagi. Kena ujian banyak. Ujian sakit, ujian kena fitnah sehingga kita rasa tak tertanggung. Kenapa? Supaya di dalam kubur, dah selesai hukuman Allah untuk kita dari dosa-dosa kita. Allah ingin balas kebaikan yang kita lakukan di syurga. Jangan cepat mengeluh bila diuji Allah. Habis pahala kita. Sebutlah innalillahiwainna ilaihi rajiun. Kita kena yakin ada sesuatu yang baik yang Allah ingin berikan pada kita. Kemuncak kebaikan kita adalah syurga. Manakala kemuncak keazaban adalah neraka. Allah nak bagikan kita syurga, Allah buat pembersihan diri kita dari dosa yang kita lakukan dengan ujian yang Allah berikan pada kita. Bila banyak ujian dari Allah, banyaknya pahala yang Allah sediakan untuk kita. Orang mukmin jangan nampak yang susah itu. Cari hikmah di sebalik susah dalam ujian itu. Iaitu dosa diampunkan dan Allah hadiahkan syurga yang mahal nilainya. Bila kita buat benda yang baik, ujian datang. Lagi besar ujian, lagi besarlah pahala yang Allah berikan. Kita jangan rasa sedih dengan ujian itu. Kerana ujian itu menjadikan kita lebih ikhlas di hadapan Allah. Saat itu kita mula bangun tahajjud, baca Quran, berdoa dengan penuh harapan. Bila terkena ujian, hati lapang, Allah akan redha kepadanya." Wahai Hamba Allah yang jiwa penuh ketenangan, kamu pulanglah pada Allah dengan keredhaan Allah. Dan kamu redha dengan ketentuan Allah." 2 redha yang perlu kita dapat 1) Redha Allah 2) Redha ibubapa (anak-anak) dan redha Suami (isteri) Bila kamu berhadapan dengan ujian ibubapa, kamu redha. Contohnya lagi berusia ibubapa kita, lagi banyak yang tak kena dengan dia. Mereka sensitif, Banyak membebel. Kita kena redha dan sabar. Kita tak tersangkut dengan mak ayah kita. Dan kita kena rasa nikmat bila diberi peluang manjaga mak ayah kita. Sesiapa yang diuji oleh Allah dengan ujian, lalu dia marah, Allah benci kepada mereka ini. Mereka tidak nampak di sebalik apa yang Allah ingin berikan pada mereka. Yakni pahala dan Allah bersihkan diri dari dosa. Paling hebat motivasi adalah mengambil hadis dan Al - Quran saat di uji. Dalam hidup ini banyakkan bersabar. Moga kita beroleh keredhaan Allah. Itulah kemuncak keimanan orang mukmin. Bila diberi nikmat bersyukur. Bila di uji , mereka sabar. #FatehteamNotaKuliah 🌟💚KULIAH DHUHA - RS [170117] Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani Kitab Riyadhatul Salihin 📺Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 📺Kitab Riyadatus Shalihin (RS) 📺Masjid Seksyen 7, Shah Alam. 📺Tajuk: Besar Ujian , Besar Pahala 💚💚💚Pengenalan Fatehteam💚💚💚 👉Fatehteam telah merakam selama hampir 5 tahun pengajian Berkitab yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki. 👉 Lebih 1000 tajuk cd kuliah berkitab di terbitkan oleh Fatehteam 👉Fatehteam mengeluarkan 6cd audio kuliah terkini setiap minggu bagi 6 kitab 👉 Fatehteam telah merakam 8 kuliah berkitab dari awal pengajian sehingga sekarang iaitu 1- Kitab Induk Pensucian Diri (IPD) 2- Kitab La Tahzan (LT) (TAMAT) 3- Kitab Jagalah Allah, Allah menjaga Kamu (JA) 4- Tafsir QURAN (TQ) 5- Kitab Ziarah Alam Barzakh (ZAB) (TAMAT) 6- Kitab Rahsia Kematian Dan Alam Akhirat (RKK) 7- Kitab Tanbihul Ghafilin (TG) 8- Kitab Riyatus Solihin (RS) 👉 Sesuai untuk mereka yang ingin belajar secara bersilibus dari muka surat ke muka surat. 👉 Boleh mengisi masa dengan ilmu sepanjang perjalanan balik dan pulang dari kerja dengan target 2 kuliah sehari. Insyallah, lama-lama habis belajar satu kitab secara konsisten. 👉 Sesuai bagi anda yang ingin belajar berkitab secara bersilibus dan bersistem bagi pengajian berkitab di atas yang di bawa oleh Ustaz Ahmad Dusuki Diharapkan pengajian dari kuliah-kuliah ini dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalahan hidup, menambahkan cahaya keimanan, mendapat petunjuk dari Allah dan mendekatkan diri kita pada Allah. =========================================== Siapkan Persiapan Kematian sebagai usaha untuk bekalan ke sana (akhirat) 👇🏻👇🏻 http://nak.la/ppk Memotivasi diri dan meningkatkan iman dengan Pendrive La Tahzan 👇👇 http://nak.la/5iBZ . Ceramah Agama , Kiamat , Ustaz Ahmad Dusuki , Kematian , Kuliah Agama , Ustaz Dasuki , Ceramah Agama Islam , Ustaz Dusuki , Ustaz Ahmad Dasuki , Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani , Ustaz Dasuki Abd Rani , Fatehteam , Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat , Induk Pensucian Diri,