У нас вы можете посмотреть бесплатно Karomah Tuan Guru Omar Zuhdi Pondok Lanai || Syeikh Zainul Asri или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Al Allamah Arif Billah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi ( 1919 - 1994 ) Diantara alim ulamak yang mahsyur di Negeri Kedah pada tahun 1900an ialah Tuan Guru Haji Omar Zuhdi . Beliau merupakan pengasas Pondok Misbahul Falah di Baling, Kedah. Beliau lahir di Kampung Chekok, Pengkalan Chepa, Kelantan dan dibesarkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Sewaktu mengaji di pondok beliau sering kelaparan kerana tidak mempunyai wang lalu di ambilnya upah beberapa perkerjaan seperti menjahit atap rumah kampung dan mengangkat baja kelawar dari gunung sekitar baling . Pernah juga diceritakan oleh anaknya bahawa ketika belajar dulu beliau terlalu lapar sehinggakan terpaksa mengikat batu di perut sehingga 3 hari. Tuan Guru Haji Omar telah menuntut ilmu dari ramai ulamak besar dan alim di maqam ilmu mereka . Pada umur 17 tahun , beliau merantau ke Kedah dan Patani bagi mendalami ilmu agama dan seterusnya ke Mekah sebagaimana yang sedia maklum diantara pusat pengajian Islam terbesar ketika itu. Diriwayatkan Tuan Guru pernah belajar di India dan khatam Sunan Sittah serta mahir berbahasa Arab, Urdu dan Parsi. Beliau diberi gelaran Zuhdi atas sifat zuhud beliau oleh seorang gurunya yang bernama Syeikh Abdul Rahman Jabad iaitu seorang ulamak Sufi di Mekah. Sewaktu Tragedi Memali yang berlaku pada 1985 . As Syahid Ustaz Ibrahim Libya telah berjumpa dengan Tuan Guru Haji Omar Zuhdi bagi bertanyakan beberapa pekara dan akhirnya hadir semangat jihad fisabilillah didalam diri Ustaz Ibrahim Libya . Tuan Guru Haji Omar Zuhdi juga diantara ulamak yang sepakat mengatakan bahawa 13 syuhada memali itu mati syahid. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi meninggal dunia pada usia 75 tahun dan dikebumikam jasadnya di Kampung Parit Panjang , Baling ( Berhadapan Masjid Omar Zuhdi ). Moga Allah Taala merahmati roh AuliaNya. Amiiinnn.