У нас вы можете посмотреть бесплатно LM90 Ep 1 | Naturalisasi, Malu, Saman & Ego FAM! или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Platform audiosiar bola sepak terbaharu, Lepas Minit 90, kini membuka tirai dengan episod sulung yang menampilkan perbincangan hangat dan pandangan jujur daripada figura dalam dunia bola sepak tempatan. Mengetengahkan Nik Nazmi sebagai hos dan Mahali Jasuli, bekas pemain kebangsaan Harimau Malaya sebagai pengacara bersama, Lepas Minit 90 menggabungkan analisis taktikal, bual santai dan pandangan profesional yang akan dikongsikan bersama peminat bola sepak. Dalam episod pertama ini, mereka menjemput Amirul Nadzwan, atau lebih dikenali sebagai Mat Kening, penolong jurulatih KL Rangers, pembantu perubatan dan juga pempengaruh sukan di platform A2N Studio serta Galasticos Academy bagi membincangkan topik-topik besar dunia bola sepak termasuk isu naturalisasi pemain, dominasi JDT dalam liga tempatan, serta kejatuhan prestasi kelab gergasi Eropah, Liverpool. Perbincangan mencungkil persoalan sebenar di sebalik cabaran bola sepak Malaysia daripada isu saman FIFA dan gaji tertunggak, kepada persoalan sejauh mana FAM dan MFL benar-benar menegakkan profesionalisme dalam liga. Tidak ketinggalan, pandangan berani tentang hala tuju projek pembangunan bola sepak negara selepas lawatan Presiden FIFA ke Malaysia turut menjadi antara isi utama episod ini. Lepas Minit 90 bukan sekadar audiosiar biasa. Ia adalah ruang untuk menilai semula apa yang berlaku selepas wisel penamat, kerana cerita sebenar bola sepak bermula selepas minit ke-90. Hos: Nik Nazmi Nik Ahmad: @NikNazmiNikAhmad Mahalli Jasuli Like, Follow, Share, Subscribe: Tiktok/FB/Instagram/Youtube - @lebihmasa Kredit: PENERBIT EKSEKUTIF: Johan Ariff PENERBIT: Sherry M.Shariff JURUKAMERA: Mamathusin & Alyf Firdaus JURUTEKNIK: Chandra Arjun MONTAGE/GFX/FINAL MIX: Karl Zahbah PENYELIA PENERBITAN: Jacintha Rajah SOCIAL MEDIA MANAGEMENT: Shafwan Zaidon