У нас вы можете посмотреть бесплатно [BIOGRAFI] Imam Abu Daud - Sejarah Hidup, Pemikiran & Method Penulisan Kitab Sunan Abi Daud или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
https://darulkautsar.wordpress.com/ Imam Abu Daud: Sejarah Hidup, Pemikiran & Method Penulisan Kitab Sunan Abi Daud Maulana Asri Yusoff Kota Bharu 18 Jan 2004 ARTIKEL ASAL - https://onlinehadits.wordpress.com/20... IMAM ABU DAUD: SEJARAH HIDUP, PEMIKIRAN & METHOD PENULISAN KITAB SUNAN ABI DAUD Setelah Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, Imam Abu Daud juga merupakan tokoh kenamaan ahli hadith pada zamannya. Kealiman, kesolehan dan kemuliaannya semerbak mewangi hingga kini. Nama lengkap Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al-Asy’as bin Ishaq bin Basyir bin Syidad bin ‘Amr al-Azdi as-Sijistani, seorang imam ahli hadith yang sangat teliti, tokoh terkemuka hadith selepas dua imam hadith, al-Bukhari dan Muslim serta pengarang kitab Sunan. Beliau dilahirkan pada tahun 202H/817M di Sijistan. Perkembangan Dan Pengembaraannya Sejak kecil, Abu Daud sudah mencintai ilmu dan para ulama’, bergaul dengan mereka supaya dapat menimba ilmunya. Walaupun belum memasuki usia dewasa, beliau telah mempersiapkan dirinya untuk mengembara mengelilingi berbagai negeri. Beliau belajar hadith dari ramai para ulama’ yang dijumpainya di Hijaz, Syam, Mesir, Irak, Jazirah, Sagar, Khurasan dan negeri-negeri lain. Lawatannya ke berbagai negeri ini membantu dia untuk memperoleh pengetahuan luas tentang hadith; kemudian hadith-hadith yang diperolehnya itu disaring dan hasil penyaringannya dimasukkan ke dalam kitab As-Sunan. Abu Daud mengunjungi Baghdad beberapa kali. Di sana ia mengajar hadith dan fiqh kepada para penduduk dengan menggunakan kitab Sunan sebagai rujukannya. Kitab Sunan karyanya itu ditunjukkannya kepada tokoh ulama’ hadith, Ahmad bin Hanbal. Dengan bangga Imam Ahmad memujinya sebagai kitab yang sangat indah dan baik. Kemudian Abu Daud menetap di Basrah atas permintaan Gabenor Basrah yang bercita-cita supaya Basrah menjadi “Ka’bah” bagi para ilmuwan dan peminat hadith. Guru-Gurunya Para ulama’ yang menjadi guru Imam Abu Daud ramai jumlahnya. Antara guru-guru yang paling terkemuka ialah Ahmad bin Hanbal, al-Qa’nabi, Abu ‘Amr ad-Darir, Muslim bin Ibrahim, Abdullah bin Raja’ dan Abu’l Walid at-Tayalisi. Sebahagian gurunya ada pula yang menjadi guru kepada Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, seperti Ahmad bin Hanbal, Usman bin Abi Syaibah dan Qutaibah bin Sa’id. Murid-Muridnya (Para Ulama’ Yang Mewarisi Hadithnya) Ulama’-ulama’ yang mewarisi hadithnya dan mengambil ilmu darinya, antara lain Abu ‘Isa at-Tirmizi, Abu Abdur Rahman an-Nasa’ie, putranya sendiri Abu Bakar bin Abu Daud, Abu Awanah, Abu Sa’id al-A’rabi, Abu Ali al-Lu’lu’i, Abu Bakar bin Dassah, Abu Salim Muhammad bin Sa’id al-Jaldawi dan lain-lain. Cukuplah sebagai bukti pentingnya Imam Abu Daud, bahawa salah seorang gurunya, Ahmad bin Hanbal pernah meriwayatkan dan menulis sebuah hadith yang diterima daripadanya. Hadith tersebut ialah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, dari Hammad bin Salamah dari Abu Ma’syar ad-Darami, dari ayahnya, sebagai berikut: “Rasulullah s.a.w ditanya tentang ‘atirah, maka ia menilainya baik.” Akhlak Dan Sifat-Sifatnya Yang Terpuji Abu Daud adalah salah seorang ulama’ yang mengamalkan ilmunya dan mencapai darjat tinggi dalam ibadah, kesucian diri, wara’ dan kesolehan. Beliau adalah seorang individu utama yang patut diteladani perilaku, ketenangan jiwa dan keperibadiannya. Sifat-sifat Abu Daud ini telah diungkapkan oleh sebahagian ulama’ yang menyatakan: “Abu Daud menyerupai Ahmad bin Hanbal dalam perilakunya, ketenangan jiwa dan kebagusan pandangannya serta keperibadiannya. Ahmad dalam sifat-sifat ini menyerupai Waki’, Waki menyerupai Sufyan as-Sauri, Sufyan menyerupai Mansur, Mansur menyerupai Ibrahim an-Nakha’ie, Ibrahim menyerupai ‘Alqamah dan ia menyerupai Ibn Mas’ud. Sedangkan Ibn Mas’ud sendiri menyerupai Nabi s.a.w dalam sifat-sifat tersebut.” Sifat dan keperibadian yang mulia seperti ini menunjukkan kesempurnaan agama, tingkah laku dan akhlak. Abu Daud mempunyai pandangan dan falsafah sendiri dalam cara berpakaian. Salah satu lengan bajunya lebar namun yang satunya lebih kecil dan sempit. Seseorang yang melihatnya bertanya tentang keganjilan ini, beliau menjawab: “Lengan baju yang lebar ini digunakan untuk membawa kitab-kitab, sedang yang satu lagi tidak diperlukan. Jadi, kalau dibuat lebar, ianya adalah berlebih-lebihan. Pujian Para Ulama’ Kepadanya Abu Daud adalah juga merupakan “bendera Islam” dan seorang hafiz yang sempurna, ahli fiqh dan berpengetahuan luas terhadap hadith dan ilat-ilatnya. Ia mendapat penghargaan dan pujian dari para ulama’, terutama dari gurunya sendiri, Ahmad bin Hanbal. Al-Hafiz Musa bin Harun berkata mengenai Abu Daud: “Abu Daud diciptakan di dunia hanya untuk hadith, dan di akhirat untuk syurga. Aku tidak melihat orang yang lebih utama melebihi beliau”. (SAMBUNGAN ARTIKEL DALAM RUANGAN KOMEN YOUTUBE) Laman Web Menarik - SYARAHAN HADITH KITAB-KITAB MUKTABAR - https://syarahanhadits.school.blog/