У нас вы можете посмотреть бесплатно Ops Gempur Sasar premis perindustrian di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗢𝗣𝗦 𝗚𝗘𝗠𝗣𝗨𝗥 𝗦𝗔𝗦𝗔𝗥 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟮𝟴 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Operasi penguatkuasaan Ops Gempur Sasar telah dijalankan di beberapa premis perindustrian sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus bermula jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang. Operasi ini dilaksanakan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Yusri bin Mohd Nor, Pengarah Imigresen Negeri Terengganu. Sebanyak 3 premis telah diperiksa melibatkan seramai 593 individu pelbagai warganegara. Hasil pemeriksaan, seramai 7 lelaki warga asing disyaki pendatang tanpa izin telah ditahan. Kesemua mereka merupakan warganegara Nepal berumur antara 23 hingga 35 tahun. Sementara itu, seorang lelaki warga tempatan turut diberi notis untuk hadir ke pejabat imigresen bagi membantu siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63. Tangkapan dilakukan di sebuah kilang elektronik di kawasan perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, melibatkan 7 lelaki warga Nepal yang disyaki telah melanggar syarat pas lawatan kerja sementara. Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Mereka disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu akan terus mempertingkatkan usaha penguatkuasaan secara menyeluruh dan menyeru para majikan supaya memastikan pematuhan undang-undang imigresen bagi mengelakkan tindakan undang-undang. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #ImmigrationWorldClass #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #JIMTerengganu