У нас вы можете посмотреть бесплатно LP57 | Norish Karman : The Unfiltered Version или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
LEGASI ISTIMEWA RAMADAN bersama NORISH KARMAN Memperkenalkan Podcast Legasi ; Sembang Sambung! Sebuah rancangan audio siar yang diterajui oleh dua susuk besar industri hiburan negara, Adlin Aman Ramlie dan Khairul Anwar Salleh. Tujuan podcast ini adalah untuk membina wacana industri seni tanah air disamping memikir ulang era kemasyhuran filem negara ketika zaman P. Ramlee sedang bersinar. Dalam episod kali ini, Legasi Sembang Sambung menampilkan pelakon berpengalaman Norish Karman, yang berkongsi perjalanan seninya sejak memulakan langkah dalam dunia lakonan menerusi filem Sayang Salmah, sebelum terus dikenali menerusi pelbagai drama televisyen popular termasuk Spa Q. Perbualan ini membawa kita menelusuri perjalanan seorang anak seni yang bukan sahaja melalui saat-saat gemilang di layar, tetapi juga berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup yang membentuk ketabahan dan kematangannya sebagai seorang wanita dan ibu. Dengan penuh keterbukaan, beliau berkongsi pengalaman hidup, perjuangan peribadi serta bagaimana setiap liku yang dilalui akhirnya menjadikan dirinya lebih kuat, lebih bersyukur dan lebih memahami erti kehidupan di sebalik dunia glamor seni. Dari irama klasik ke melodi kontemporari, jangan lupa tekan butang suka, kongsi dan langgan! Ayuh Sembang dan Sambung Legasi Sembang biar berisi, biar ada solusi Sambung, kalau bukan kita siapa lagi? Legasi berbesar hati memilih Jamiyah Singapura sebagai pertubuhan kebajikan angkat atau ‘adopted charity organisation’ kami. Jamiyah Singapura, telah lama berkhidmat untuk masyarakat — dalam bidang pendidikan, dakwah, kebajikan serta bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kerjasama dan sokongan kepada Jamiyah Singapura ini, adalah antara usaha kami untuk memastikan setiap perbualan yang anda dengar di Legasi turut membawa manfaat yang lebih besar. #LegasiPodcast #SembangSambung #LikeShareSubscribeFollow #FYP #AdlinAmanRamlie #DatoKhairulAnwarSalleh #NorishKarman #JamiyahSingapore