У нас вы можете посмотреть бесплатно Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri - Ucapan Anwar Ibrahim или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Di Perhimpunan Bulanan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pagi ini, saya singgung cabaran ekonomi global yang berdepan ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat, akibat serangan rejim Zionis Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran. Dalam keadaan ini, saya menggesa semua pihak agar berwaspada dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Agensi Kerajaan khususnya perlu terus memperbaiki kelemahan serta memastikan setiap inisiatif benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, terutama dalam usaha mengawal kos sara hidup dan menjamin bekalan barangan asas. Saya turut mengumumkan beberapa langkah Kerajaan MADANI bagi membantu rakyat menjelang Aidilfitri, termasuk mengawalkan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pemberian Bantuan Khas Kewangan, serta peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bagi membantu lebih ramai mahasiswa pulang ke kampung halaman. Usai perhimpunan, saya terus mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bil.1/2026 bersama pimpinan Kerajaan dan komuniti perniagaan bagi membincangkan isu kos sara hidup dan kebajikan rakyat. Mesyuarat turut meneliti perkembangan di Asia Barat serta langkah intervensi bagi meminimumkan impak konflik, khususnya kemungkinan lonjakan harga minyak global terhadap pasaran domestik. Pendekatan kerajaan adalah menyeimbangkan kebajikan rakyat tanpa mengabaikan disiplin fiskal negara. Saya turut diberi taklimat mengenai status bekalan barangan keperluan asas. Saya tegaskan kepada KPDN agar meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan menjelang Aidilfitri bagi mengelakkan manipulasi harga oleh pihak yang tidak jujur serta memastikan bekalan mencukupi.