У нас вы можете посмотреть бесплатно LAWATAN KERJA JAWATANKUASA PILIHAN KESELAMATAN PARLIMEN KE REJIMEN 516(AW), KEM KUKUSAN SABAH или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
PLKN3.0 Tahun 2026 - Pendaftaran Sukarela, Klik di Bawah: https://linktr.ee/PLKN3.0.OFFICIAL Tawau, 7 November 2025 – Jawatankuasa Pilihan Keselamatan Parlimen (JKPK) telah mengadakan lawatan kerja selama dua (2) hari, bermula pada 7 hingga 8 November 2025, ke beberapa kem Askar Wataniah (AW) yang terlibat dalam projek naik taraf kem di zon Borneo bagi pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Lokasi lawatan merangkumi Rejimen 516 (AW), Kem Kukusan, Tawau Sabah dan Rejimen 511 (AW), Kem Sematan, Lundu Sarawak. Lawatan delegasi di Tawau diketuai oleh YB Datuk Jonathan bin Yasin, Ahli Parlimen Ranau Sabah manakala lawatan di Lundu Sarawak diketuai oleh YB Dato’ Khlir bin Mohd Nor, Ahli Parlimen Ketereh selaku Ketua Delegasi. Turut hadir sama dalam lawatan ini YB Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh, Ahli Parlimen Ledang dan YB Tuan Mohd Sany bin Hamzah, Ahli Parlimen Hulu Langat. Ketibaan lawatan ini disambut oleh YBhg. Dato' Haji Ya'cob bin Haji Samiran, Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN). Lawatan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Lt. Kolonel Hairun Anor bin Halib, selaku timbalan komander Rejimen 516, Kem Kukusan dan disusuli dengan taklimat ringkas pengenalan kem oleh Mejar Ahmad Fahmi bin Md Salleh. Kemajuan pembangunan projek naik taraf kem telah disampaikan oleh Kolonel Ir. Zaikel Anisa Bt. Mohd Isa daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan (BPKP). Dalam sesi taklimat tersebut, delegasi telah diberikan penerangan menyeluruh mengenai kemajuan pelaksanaan projek, termasuk skop kerja serta garis masa pelaksanaan. Skop kerja merangkumi kerja-kerja awalan, perobohan struktur lama, naik taraf bangunan sedia ada, pembinaan bangunan baharu, pemasangan sistem mekanikal dan elektrikal, penyediaan infrastruktur serta lanskap, dan diakhiri dengan kerja-kerja akhir. Projek naik taraf kedua-dua kem ini dijangka siap pada pertengahan Jun tahun 2026 bagi menempatkan anggaran 400 pelatih PLKN bagi setiap kem. Selepas sesi taklimat, delegasi dibawa meninjau kawasan sekitar kem bagi melihat dengan lebih dekat kemajuan kerja-kerja fizikal yang sedang dijalankan di tapak projek. Turut hadir sama dalam lawatan tersebut ialah pengarah dan pegawai daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) serta Sekretariat JKPK Kem Kukusan A menempatkan Markas Rejimen serta Batalion Pertama Rejimen 516 AW. Secara keseluruhan, kem ini mempunyai sebanyak 38 buah bangunan berdaftar, termasuk tiga buah bangunan milik 26 RAMD, satu bangunan milik Markas ATB 2, dan satu bangunan milik GAPMATA. Keluasan keseluruhan Kem Kukusan A adalah 61.18 ekar. Daripada jumlah tersebut, hanya 18 ekar digunakan bagi tujuan pembinaan bangunan. Selain itu, 11.45 ekar tanah telah diperuntukkan kepada Markas ATB 2, manakala baki kawasan terdiri daripada hutan sekunder yang masih belum dibangunkan. Projek naik taraf kem ini merupakan inisiatif penting bagi memastikan kem-kem Askar Wataniah berupaya menyokong pelaksanaan PLKN 3.0 dengan lebih berkesan, selaras dengan keperluan latihan semasa serta kemudahan infrastruktur yang moden dan selamat. Sebarang Info mengenai #PLKN3.0 dan #KhidmatNegara serta maklumat yang terkini, tepat dan sahih 💯 © 2025 Unit Komunikasi Korporat | JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA (JLKN) #JLKN #PLKN #WIRAMUDANEGARA #TVETNEGARA #MindefMalaysia #taatsetia #ATM #MADANIKesejahteraan #MADANIBerbakti #JatiDiriMalaysia #NadiMalaysia #NADIMCMC #NADIOFFICIAL #MCMC #PMX