У нас вы можете посмотреть бесплатно Registration Day | Hari Pendaftaran UiTM Puncak Alam & Breakfast Dalam Kebun Sawit или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Universiti Teknologi MARA (disingkatkan UiTM) ialah sebuah rangkaian universiti bertaraf universiti awam di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1956 sebagai Dewan Latehan RIDA yang terletak di Petaling Jaya, UiTM membuka pintu kepada lebih kurang 50 pelajar dengan fokus untuk membantu orang Melayu di luar bandar.[4] Sejak itu, UiTM telah berkembang menjadi Institusi Pendidikan Tinggi terbesar di Malaysia dengan infrastruktur fizikal, organisasi kakitangan (akademik dan bukan akademik) serta pelajar. Universiti ini terdiri daripada satu kampus utama, 12 kampus negeri berautonomi dan 21 kampus satelit yang menjadikannya 34 kampus keseluruhan di Malaysia. UiTM mempunyai hampir 20,000 staf akademik dan bukan akademik serta menyediakan lebih 500 program dari peringkat asas hingga pascasiswazah. Pengajaran di UiTM dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Sejarah Penubuhan Universiti Teknologi MARA yang diasaskan sebagai Dewan Latehan RIDA, telah diilhamkan oleh pemimpin orang Melayu ketika itu, Dato’ Onn Jaafar. Idea ini tercetus semasa hasil lawatan belajar ke Ceylon pada 1951 untuk melihat program pembangunan luar bandarnya. Sebuah kertas kerja dihasilkan yang menggariskan penubuhan Lembaga Pembangunan Luar Bandar dan Industri (RIDA) serta objektifnya untuk membina semula masyarakat luar bandar, serta meningkatkan lagi ekonomi orang Melayu di kawasan luar bandar. Kertas Bil. No. 10/1951 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada tahun yang sama yang membawa kepada penubuhannya. Selain itu, ia juga mendedahkan satu pemerhatian yang menarik mengenai hubungan antara Pusat Latihan RIDA dengan komuniti Melayu. Seksyen 5 kertas kerja ini menggariskan pembenaran dan keperluan untuk mewujudkan Lembaga Pembangunan Luar Bandar dan Industri (RIDA). Perkataan kampong, yang sinonim dengan orang Melayu, juga digunakan dalam Bahagian 8 kertas kerja. Pusat Latihan Pada November 1956, pusat latihan Dewan Latehan RIDA (kini dikenali sebagai kampus satelit Jalan Othman) memulakan operasi di Petaling Jaya, Selangor di bawah kendalian pengarah pertamanya, Tuan Syed Alwi bin Syed Sheikh Alhadi. Ia dibuka secara rasmi pada 14 Oktober 1957 oleh Tun Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Menteri Perdagangan dan Industri pada ketika itu. Pusat latihan ini mengadakan kursus pra-universiti, latihan kemahiran perniagaan dan beberapa kursus profesional luaran yang ditawarkan oleh badan-badan antarabangsa yang ditubuhkan, seperti London Chamber of Commerce, Australian Chartered Secretaryship, Australian Society of Accountants dan Institut Pengurusan British. Selepas pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963, pusat latihan tersebut mula menerima pelajar bumiputera dari Sabah dan Sarawak serta lebih banyak program akademik yang ditawarkan. Pada tahun 1964, pusat latihan Dewan Latehan RIDA mengadakan konvokesyennya yang pertama dan sebanyak 50 graduan telah dianugerahkan sijil oleh Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pengambilan pertama pelajar Dewan Latehan RIDA di Kampus Jalan Othman pada 1956 Pusat latihan Dewan Latehan RIDA kemudiannya dikenali sebagai Maktab MARA pada tahun 1965. Perubahan nama itu bermakna bahawa kolej itu tidak lagi beroperasi di bawah RIDA dan sebaliknya menjadi unit terpenting di bawah Bahagian Latihan MARA. MARA atau Majlis Amanah Rakyat, di bawah pimpinan Tun (Dr.) Haji Arshad Ayub telah mengambil alih serta memperkuatkuasakan peranan dan tanggungjawab RIDA. Pada tahun 1966, apabila Institut Pengurusan British memansuhkan penawaran peperiksaan jarak jauh, Kolej MARA mula menjalankan Diploma Pengajian Perniagaan yang tersendiri. Pengiktirafan antarabangsa bagi kursus ini adalah dari Ealing Technical College di London, yang juga merupakan pemeriksa luarnya. Pengembangan dan Pertumbuhan Pada tahun 1967, Maktab MARA dinaik taraf menjadi Institut Teknologi MARA (ITM). Penubuhannya adalah sebagai respons terhadap keperluan profesional yang terlatih, terutama dalam kalangan kaum bumiputera di Malaysia. Kekurangan ini dikenal pasti melalui peninjauan tenaga kerja yang dijalankan oleh kerajaan pada tahun 1965 dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). ITM memenuhi kursus separuh profesional bagi bidang sains dan teknologi seperti dalam bidang kejuruteraan, sains gunaan serta seni bina, bangunan dan perancangan. Walau bagaimanapun, menyedari tentang kepentingan bidang pembinaan negara pelengkap yang lain, ITM juga telah merangkumi pelbagai bidang yang berasaskan pengurusan dan kemanusiaan yang penting seperti kajian perniagaan, pengurusan hotel dan katering, komunikasi massa, pentadbiran awam, undang-undang, sains kesetiausahaan, serta seni dan reka bentuk. credit: wiki @bobnizam sufferfly@gmail.com