У нас вы можете посмотреть бесплатно JAMBATAN BATANG KRIAN BETONG DI BUKA HARI INI 18/03/2026‼️SARAWAK MAJU MAKMUR❤️ или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
#kuching #betongsarawak #sarawak #sarawakian #sarawakianyoutuber #sarawaktravel #sarawakyoutuber #youtubersarawak Jambatan Sungai Krian Bakal Buka Laluan Baharu, Singkatkan Perjalanan Penduduk Betong BETONG, 18 MAC 2026 — Majlis Pra Pelancaran Jambatan Sungai Krian telah disempurnakan hari ini oleh Yang Berhormat Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu II serta Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha membangunkan infrastruktur negeri. Jambatan ini merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Jalan Pesisir Sarawak Pakej D4 yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku agensi pelaksana di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak. Projek bernilai RM 112,499,580.09 ini diuruskan oleh kontraktor utama, EPR (Kuching) Sdn. Bhd. Membentang sejauh 1.227 kilometer, jambatan ini menampilkan struktur sepanjang 690 meter dengan 12 span, direka sebagai jambatan dua lorong selebar 8 meter. Ia turut dilengkapi jalan pendekatan (approach road) selebar 6.5 meter di kedua-dua belah bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. Siapnya jambatan ini membuka laluan terus dari Jambatan Batang Saribas No.2 ke Roban Interchange, Jalan Lebuhraya Pan Borneo, sekali gus menjadi penghubung penting dalam rangkaian jalan raya wilayah Betong. Antara impak paling ketara yang bakal dirasai penduduk setempat ialah pengurangan masa perjalanan yang signifikan. Sebelum ini, pengguna terpaksa bergantung kepada perkhidmatan feri yang mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menyeberangi sungai. Dengan kehadiran jambatan ini, tempoh perjalanan dapat dipendekkan kepada hanya beberapa minit sahaja. Selain memberi kemudahan dari sudut perhubungan, projek ini turut dijangka memberi nafas baharu kepada ekonomi setempat. Peningkatan aliran pergerakan orang ramai dijangka membuka lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan untuk menjana pendapatan melalui aktiviti perdagangan dan pelancongan di kawasan sekitar. Kredit gambar : JKR Sarawak #betongxcess #betongsarawak