У нас вы можете посмотреть бесплатно 🔴 [LIVE] BAYU SUMORIBAU SPM 2.0 SIRI 14: FIZIK OLEH CIKGU LEE CHEE WEI, SMK BEAUFORT, SABAH или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
BAYU SUMORIBAU SPM 2.0 SIRI 14 : FIZIK SUKARELAWAN : CIKGU LEE CHEE WEI, GURU CEMERLANG FIZIK, SMK BEAUFORT, BEAUFORT, SABAH 1.0 TAJUK program PROGRAM BASED ACTION YOUTUBE UTMOST (BAYU): SUMORIBAU SPM 2.0 2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM Inisiatif ini adalah dilaksanakan di bawah Program TaskForce(TF) Eduinfluncer yang bernaung di bawah Pelan Strategik Organisasi Sektor Pembelajaran PPD Kudat yang bermatlamat untuk meningkatkan prestasi kemenjadian murid dalam aspek akademik, terutamanya di peringkat SPM. Program ini juga mendapat sokongan padu daripada Pasukan PLC Pengetua daerah Kudat yang senantiasa proaktif dalam pembangunan kemejadian murid di sekolah. Selain itu turut menyokong sama inisiatif meningkatkan kemenjadian murid di peringkat SPM seperti program POSIK (Program Optimumkan SPM inisiatif TVET Kudat) dan i-CARE, yakni inisiatif bimbingan untuk sekolah focus DTP PPD Kudat melalui pendekatan digital. Inisiatif ini tercetus kerana adanya jaringan merekayasa program peningkatan akademik khususnya dalam SPM bersama Pegawai SISC+ dari PPD Kudat, PPD Beluran, PPD Kuala Penyu, PPD Tuaran dan PPD Ranau, Sabah sejak tahun 2022 dan kesinambungan kolaboratif antara 6 PPD melalui program serupa yakni BAYU HOTSPOT 2022 dan BAYU SUMORIBAU SPM 2023 yang telah mendapat sambutan dan permintaan yang amat tinggi daripada pelbagai pihak, khasnya warga pendidikan berdasarkan kajian impak yang telah dilaksanakan. Program ini juga akan ditadbir urus oleh Sektor Pembelajaran PPD Kudat, Sabah dengan bantuan jaringan 6 PPD yang bernaung di bawah JPN Sabah yakni PPD Beluran, PPD Kuala Penyu, PPD Tuaran, PPD Papar, PPD Ranau dan PPD Telupid/Tongod. 3.0 OBJEKTIF PROGRAM 1. BAYU (Based Action Youtube Utmost) SUMORIBAU SPM 2.0 merupakan platfrom digital melalui YouTube yang digunakan oleh guru sukarelawan (Guru Cemerlang dan guru pakar) untuk melaksanakan bimbingan secara online kepada calon SPM 2024 khususnya di PPD Kudat, amnya di seluruh negara. 2. Platform yang efektif, berkos rendah dan mudah dicapai menggunakan pelbagai alat komunikasi (telefon bimbit, komputer riba dan televisyen pintar) serta boleh dirujuk berulang kali melalui saluran YouTube. 3. Pelantar perkongsian amalan terbaik, bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan yang menyokong pelaksanaan Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) khususnya dalam daerah Kudat dan amnya di seluruh Malaysia yang mudah diakses, jimat kos, tenaga dan masa perjalanan. 4.0 PELAKSANAAN PROGRAM Tarikh : 13 Januari 2025 (Isnin) Masa : 8:00PM- 10:00PM Lokasi : Tempat masing-masing. Pelantar: YouTube Pendekatan : e-Coaching (Bimbingan Dalam Talian) 5.0 SASARAN PROGRAM Semua calon SPM 2024, guru-guru dan warga pendidikan di daerah Kudat dan 6 PPD jaringan kolaboratif, Sabah dan secara amnya di seluruh Malaysia. Sila rujuk jadual terkini di pautan link : https://www.cikgusobe.com/2024/12/hot...