У нас вы можете посмотреть бесплатно Berita Perdana, 4 Februari 2026: SHENA dan UTB menandatangani Memorandum Kerjasama (MOC) или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Bandar Seri Begawan, 4 Februari 2026 - Autoriti Kebangsaan Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar (SHENA) telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) bersama Universiti Teknologi Brunei (UTB) bagi penubuhan Makmal Persampelan dan Analisis Radiasi (RSAL). Majlis penandatanganan tersebut telah diadakan di Dewan Bankuet, Jabatan Perdana Menteri, dan disempurnakan oleh Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Haji Sufian bin Haji Sabtu, Timbalan Menteri (Keselamatan dan Undang-Undang) di Jabatan Perdana Menteri, selaku Pengerusi Lembaga Pengarah SHENA. MoC tersebut telah ditandatangani oleh Yang Mulia Haji Muhsin bin Haji Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif SHENA, dan Yang Mulia Datin Paduka Profesor Dr Dayang Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman, Naib Canselor UTB. Turut hadir hadir semasa majlis tersebut adalah ahli-ahli Lembaga Pengarah SHENA serta pengurusan kanan pihak SHENA dan UTB. Dalam ucapannya, Yang Mulia Haji Muhsin bin Haji Ahmad menjelaskan bahawa kerjasama strategik ini adalah merupakan sebahagian daripada Program Kerjasama Teknikal Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di bawah inisiatif "Pengukuhan Kawalan Pengawalseliaan Sinaran dan Kesiapsiagaan Kecemasan". Antara komponen utama kerjasama ini ialah penyerahan Spektrometer Gamma High-Purity Germanium (ataupun HpGE) yang telah disumbangkan oleh pihak IAEA, yang mana akan diserahkan oleh SHENA kepada UTB. UTB akan menyediakan infrastruktur makmal serta kepakaran teknikal yang diperlukan bagi menyokong pengoperasian peralatan tersebut. Penubuhan RSAL akan menyokong tiga teras yang penting, iaitu: penubuhan garis asas kebangsaan serta pemantauan berterusan tahap radiasi persekitaran; memperkukuhkan penguatkuasaan Akta Perlindungan Radiasi (Penggal 228); serta berfungsi sebagai asas untuk Tindak Balas Kecemasan Kebangsaan Brunei Darussalam bagi analisis radiasi pantas dan penilaian pendedahan semasa insiden radiologi. Mengakhiri ucapannya, Yang Mulia Haji Muhsin bin Haji Ahmad menekankan bahawa kerjasama ini turut menyumbang kepada Wawasan Brunei 2035 dengan memperkukuhkan keupayaan negara untuk melindungi kesihatan awam dan alam sekitar daripada radiasi berbahaya. Program pemasangan dan latihan yang dirancang di bawah projek ini akan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta membina kompetensi dalam bidang spektrometri gamma dan analisis radiasi bagi kakitangan SHENA dan UTB. Makmal ini dijangka mula beroperasi setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, dengan pentauhliahan rasmi dijangka dilaksanakan menjelang akhir tahun ini. MoC ini mencerminkan komitmen bersama SHENA dan UTB dalam memperkukuhkan keselamatan radiasi, memajukan keupayaan negara, serta memastikan Brunei Darussalam adalah tempat yang selamat untuk bekerja dan didiami. 🖥 www.shena.gov.bn 📞 238 2000 The Safety, Health and Environment National Authority (SHENA) is committed to ensuring that Brunei Darussalam is a safe place to work and live. #SHENAbn