У нас вы можете посмотреть бесплатно [SYARIAT] Maksud sebenar hadith larangan pemakaian labuh (Isbal) - Maulana Muhd Asri Yusoff или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
https://darulkautsar.wordpress.com/ Pemurnian Syariat - Maksud sebenar hadith larangan pemakaian labuh (Isbal) [Sedutan dari Syarah Sahih Muslim - Kitab Libaas (Pakaian)] Maulana Muhd Asri Yusoff 18 Nov 14 ARTIKEL ASAL - https://darulkautsarpemurniansyariat.... MAKSUD SEBENAR LARANGAN MEMAKAI PAKAIAN LABUH (ISBAL) Antara hadith-hadith sekitar larangan tentang pemakaian yang melebihi paras buku lali (isbal) atau pakaian yang meleret berdasarkan riwayat Sahih Muslim: عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَى مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ Daripada Ibnu `Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah tidak melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong”. عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الَّذِي يَجُرُّ ثِيَابَةُ مِنْ الْخُيَلَاءِ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Daripada `Abdillah bin `Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang mengheret pakaiannya dengan sombong Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat nanti”. عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ مِنْ الْخُيَلَاءِ لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Daripada Ibnu ‘Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Allah tidak melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya kerana sombong pada hari kiamat nanti”. عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ رَأَى رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَقَالَ مِمَّنْ أَنْتَ فَانْتَسَبَ لَهُ فَإِذَا رَجُلٌ مِنْ بَنِي لَيْثٍ فَعَرَفَهُ ابْنُ عُمَرَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِأُذُنَيَّ هَاتَيْنِ يَقُولُ مَنْ جَرَّ إِزَارَهُ لَا يُرِيدُ بِذَلِكَ إِلَّا الْمَخِيلَةَ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Daripada Ibnu `Umar bahawa beliau melihat seseorang mengheret kainnya lalu Ibnu ‘Umar bertanya: “Dari mana asalnya engkau?”. Lalu orang itu menisbahkan dirinya kepada asalnya. Rupa-rupanya dia adalah daripada kalangan Bani Laits dan Ibnu ‘Umar mengenalinya. Ibnu ‘Umar berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dengan dua telingaku ini, sabdanya: “Sesiapa yang mengheret kainnya dan tidak dia berbuat demikian melainkan kerana kesombongan maka sesungguhnya Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat nanti”. حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ عَبَّادِ بْنِ جَعْفَرٍ يَقُولُ أَمَرْتُ مُسْلِمَ بْنَ يَسَارٍ مَوْلَى نَافِعِ بْنِ عَبْدِ الْحَارِثِ أَنْ يَسْأَلَ ابْنَ عُمَرَ قَالَ وَأَنَا جَالِسٌ بَيْنَهُمَا أَسَمِعْتَ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الَّذِي يَجُرُّ إِزَارَهُ مِنْ الْخُيَلَاءِ شَيْئًا قَالَ سَمِعْتُهُ يَقُولُ لَا يَنْظُرُ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ Ibnu Juraij meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya telah mendengar Muhammad bin `Abbad bin Ja’far berkata: Aku menyuruh Muslim bin Yasar hamba bebasan Nafi’ bin ‘Abd al-Harits supaya dia bertanya Ibnu `Umar. Katanya: Ketika aku duduk antara mereka berdua: “Adakah engkau telah dengar apa-apa sabda Nabi s.a.w.l berhubung dengan orang yang mengheret kainnya kerana sombong?” Jawabnya: “Aku mendengarnya, sabda Baginda: “Allah tidak akan melihat kepadanya pada hari kiamat.” عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ مَرَرْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي إِزَارِي اسْتِرْخَاءٌ فَقَالَ يَا عَبْدَ اللَّهِ ارْفَعْ إِزَارَكَ فَرَفَعْتُهُ ثُمَّ قَالَ زِدْ فَزِدْتُ فَمَا زِلْتُ أَتَحَرَّاهَا بَعْدُ فَقَالَ بَعْضُ الْقَوْمِ إِلَى أَيْنَ فَقَالَ أَنْصَافِ السَّاقَيْنِ Daripada Ibnu ‘Umar katanya: Aku lalu dekat Rasulullah s.a.w. Pada ketika itu kainku meleret. Lalu baginda berkata: “Wahai ‘Abdallah! Angkat kainmu.” Aku pun mengangkatnya. Kemudian baginda berkata: “Angkat lagi.” Lalu aku pun angkat lagi. Selepas itu saya sentiasa berhati-hati (apabila memakai kain). Sebahagian orang yang hadir bertanya: “Setakat mana?” Ibnu ‘Umar menjawab: “Sehingga separuh betis.” عَنْ مُحَمَّدٍ وَهُوَ ابْنُ زِيَادٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ وَرَأَى رَجُلًا يَجُرُّ إِزَارَهُ فَجَعَلَ يَضْرِبُ الْأَرْضَ بِرِجْلِهِ وَهُوَ أَمِيرٌ عَلَى الْبَحْرَيْنِ وَهُوَ يَقُولُ جَاءَ الْأَمِيرُ جَاءَ الْأَمِيرُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى مَنْ يَجُرُّ إِزَارَهُ بَطَرًا Daripada Muhammad – dia adalah anak Ziyad – katanya: Aku mendengar Abu Hurairah ketika beliau melihat seseorang mengheret kainnya dan dia terus menghentak kakinya ke bumi. Pada ketika itu dia adalah gabenor di Bahrain. Dia berkata: “Gabenor telah datang! Gabenor telah datang. Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada orang yang meleretkan kainnya kerana sombong.” (SAMBUNGAN ARTIKEL DI RUANGAN KOMEN YOUTUBE) Laman Web Menarik - SYARAHAN HADITH KITAB-KITAB MUKATABAR - https://syarahanhadits.school.blog/