У нас вы можете посмотреть бесплатно [50 KAEDAH QURAN] -Sesi 7-14-Mereka Hanya Ikut Hawa Nafsu & 15-Kesudahan Baik Bagi Orang Bertaqwa или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
https://darulkautsar.wordpress.com - i-Paksi Training Centre LIMA PULUH KAEDAH AL-QURAN UNTUK JIWA DAN KEHIDUPAN [KARANGAN -DR UMAR ABDULLAH AL-MUQBIL] SESI 7 - [ 00:00:12 ] Kaedah 14 - Kemudian, kalau mereka tidak dapat menyahut cabaranmu, ketahuilah bahawa sebenarnya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu (al-Qasas : Ayat 50) [ 00:34:30 ] Kaedah 15 - Kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (al-A'raaf : Ayat 128) Ust Shamsuddin Abd Rahman Kota Bharu, Kelantan 29 Ogos 2025 TANDA MASA TAJUK PENTING [00:01:21] - KAEDAH 14 - Kemudian, kalau mereka tidak dapat menyahut cabaranmu, ketahuilah bahawa sebenarnya mereka hanyalah mengikut hawa nafsu (Surah al-Qasas : Ayat 50). [00:01:58] - Untuk memahami kaedah ini, anda perlu merujuk kepada ayat-ayat sebelum ini iaitu ayat 48 dan 49, Surah al-Qasas. [00:07:59] - Mereka (orang kafir) tidak mengikut seruan Nabi Muhammad kerana mereka mengikut hawa nafsu. [00:10:36] - Membezakan di antara kebenaran dan keinginan peribadi. [00:13:08] - Kita hendaklah tidak terlalu memikirkan tentang penolakan ke atas dakwah kita. [00:17:31] - Kaedah Ini juga adalah untuk menilai diri sendiri Untuk difikirkan, Sahabat-Sahabat Nabi r.hum dijamin syurga oleh Allah walaupun hanya sedikit dari mereka terdiri dari cerdik pandai. Sifat utama mereka ialah tidak mengikut hawa nafsu dan hidup berpandukan dalil dari Nabi s.a.w. [00:21:57] - Ringkasan kaedah 14 - Orang kafir menolak Islam kerana hawa nafsu. [00:34:35] - KAEDAH 15 - Kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa (al-A'raaf : Ayat 128). [00:36:53] (Terjemahan Ayat al-Quran yang lengkap: "(Pengikut-pengikut Nabi Musa merayu, lalu) Musa berkata kepada kaumnya: "Mintalah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa". [00:37:42] - Minta tolonglah kepada Allah dengan sabar. [00:38:09] - Berusahalah menjadi orang yang "muttaqin" untuk selamat di dunia dan akhirat. [00:41:09] - Dua prinsip utama, [00:41:29] - i. Minta tolong kepada Allah (latih diri sehingga jiwa sentiasa bergantung kepada Allah) ii. Ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian. "Kesabaran" bermaksud, kesabaran dalam melakukan ibadat (istiqamah) kesabaran dari melakukan dosa sabar ketika menghadapi musibah (inti dari kesabaran ini ialah, tidak mengeluh atau meratap secara berlebihan, menerima taqdir Allah dengan redha dan tetap berpegang teguh kepada iman) "Kemenangan" adalah milik orang beriman. Kemuncaknya ialah, kesedaran bahawa bumi ini milik Allah kesudahan yang baik adalah milik orang yang bertaqwa. (Orang yang bertaqwa ialah mereka yang sedar akan kehadiran Allah, yang melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Gabungan iman dan amal soleh dan sabar dan taat. [00:59:37] - Orang yang berpegang teguh dengan dengan tauhid, bersabar dengan ujian dan menjaga hubungan dengan Allah akan diberi kesudahan yang baik. [01:00:35] - Kejayaan sebenar (paling besar) ialah mengekalkan (mati dalam keadaan) tauhid. [01:00:56] - Kesan (implikasi) di dunia jika tidak bertaqwa ialah tiada rasa takut kepada Allah dan rasa takutlah yang akan menyebabkan kepatuhan kepada Allah. [01:01:18] - hilang bimbingan dari Allah [01:01:52] - kehidupan sempit dan penuh kesulitan [01:02:13] - tidak memperolehi jalan keluar dari masalah [01:02:28] - masyarakat jadi rosak Implikasi di akhirat jika tidak bertaqwa, [01:02:45] - Azab yang pedih di akhirat [01:02:57] - Jauh dari rahmat dan keampunan Allah [01:03:05] - Kekal dalam penyesalan [01:07:11] - Untuk mencapai ketaaqwaan, perlu belajar dan amalkan ilmu wahyu (al-Quran dan hadith).