У нас вы можете посмотреть бесплатно [SAHABAT NABI] - Siri 1 - Siapakah Sahabat-Sahabat Nabi Dan Kelebihan Mereka [VIDEO TEMATIK HADITH] или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
https://darulkautsar.wordpress.com/ [VIDEO TEMATIK HADITH - SAHABAT NABI] Siri 1 - Siapakah Sahabat-Sahabat Nabi Dan Kelebihan Mereka Maulana Muhd Asri Yusoff Video penuh asal - 1. • Sesi 1 - Manaqib Sahabat Nabi s.a.w - [Sah... - Sahih al-Bukhari (Kitab Kelebihan Sahabat) 2. • Sesi 1 - Kelebihan Para Sahabat Nabi s.a.w... . - Sahih Muslim (Kitab Kelebihan Sahabat) باب فَضَائِلِ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم وَمَنْ صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ رَآهُ مِنَ الْمُسْلِمِينَ فَهْوَ مِنْ أَصْحَابِهِ. KELEBIHAN SAHABAT-SAHABAT NABI S.A.W. . Sesiapa yang bersahabat dengan Nabi s.a.w. atau yang pernah melihatnya dari kalangan orang-orang Islam maka dia adalah salah seorang Sahabatnya [RINGKASAN] Siapakah Sahabat-Sahabat Nabi Dan Kelebihan Mereka 1. "Sahabat" Nabi s.a.w. ialah orang Islam yang pernah bersahabat dengan Nabi atau yang pernah melihat Nabi walaupun dari jauh. Imam al-Bukhari seolah-olah mengatakan bahawa Sahabat-Sahabat adalah alamat (tanda-tanda) kenabian. 2. Definisi lain: "Sahabat" Nabi ialah orang yang pernah bertemu dengan Nabi, beriman dengan Baginda dan mati di atas Islam (walaupun pernah keluar dari Islam). 3. Walaupun berjumpa Nabi dalam tempoh yang singkat (sekadar sekelip mata), tidak ada amalan orang lain (bukan Sahabat) yang dapat menandingi kedudukannya. 4. Sahabat dikenal pasti melalui "tawatur" (diketahui semua orang) seperti Saidina Abu Bakar dan Umar, atau "istifadhah", atau kata-kata Sahabat yang lain atau pengakuan Sahabat itu sendiri. 5. Semua Sahabat, tiada kecuali, adalah adil secara mutlak. "Adil" dalam istilah hadith bermaksud tiada sebab untuk kita tidak menerima hadith darinya. 6. Orang yang paling mulia selepas nabi-nabi ialah Sahabat-Sahabat Nabi s.a.w. Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah, "Sebesar-sebesar wali tidak dapat menandingi sekecil-kecil Sahabat". 7. Majoriti ulama' berpendapat kita boleh melebihkan seorang Sahabat dari seorang Sahabat yang lain. Sahabat yang paling utama ialah Saidina Abu Bakar as-Siddiq kemudian Saidina Umar r.hum. Manakala orang Syiah mengatakan Sahabat yang paling utama ialah Saidina Ali r.a. 8. Abu Mansor al-Baghdadi menyenaraikan keutamaan Sahabat-Sahabat sebagaimana turutan berikut: i) Empat khalifah pertama mengikut tertibnya iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Uthman dan Ali, ii) Enam orang Sahabat yang disebut dalam senarai 10 orang Sahabat yang dijamin syurga selepas dari empat orang khalifah pertama, iii) Sahabat yang menyertai perang Badar, iv) Sahabat yang menyertai perang Uhud, v) Sahabat yang menyertai Baiah Ridhwan, vi) Sahabat yang terdahulu memeluk Islam dan berjasa dalam Islam, vii) Mereka yang sempat solat dengan dua kiblat (Baitul Maqdis dan kemudiannya, Masjidil Haram, Mekah). 9. Dari hadith, Nabi s.a.w. seolah-olah mengisyaratkan bahawa yang paling utama di kalangan Sahabat wanita ialah Aisyah r.ha. 10. Pemerintahan Saidina Uthman dan Ali adalah sah dan benar. Manakala Saidina Muawiyah adalah Sahabat yang adil, utama dan terpilih. 11. Syiah menuduh Sahabat-Sahabat termasuk Sahabat besar seperti Saidina Abu Bakar dan Umar rhum. murtad selepas kewafatan Nabi s.a.w. Syiah menganggap hanya Sahabat yang menyatakan Saidina Ali berada di pihak yang benar boleh diterima, adil dan baik. 12. Syiah menolak ayat al-Quran yang menyatakan keadilan Sahabat seperti Surah at-Taubah, ayat 100 yang bermaksud, "Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar." 13. Aqidah umat Islam akan terancam bila mengatakan Sahabat tidak adil. Dari Sahabatlah kita mengetahui al-Quran dan hadith. Al-Quran dan hadith tidak terjamin keasliannya jika Sahabat-Sahabat adalah jahat seperti yang ditohmah oleh Syiah. 14. Jika kita mempertikaikan Sahabat-Sahabat Nabi, kita seolah-olah mempertikaikan Nabi itu sendiri di samping mempertikaikan kebijaksanaan Allah. 15. Fitnah paling besar dari Syiah meliputi dua aspek iaitu, i) mengatakan Sahabat-Sahabat Nabi adalah jahat dan telah murtad kecuali beberapa orang dan, ii) Allah telah melantik imam-imam yang maksum selepas kewafatan Nabi. 16. Syiah pada hari ini (yang dianuti di Iran dan cuba disebarkan di negara kita) adalah bukan Islam (kafir) kerana antara kepercayaan mereka adalah Sahabat-Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah kafir.