У нас вы можете посмотреть бесплатно Ekonomi Negara Diperkukuh Hadapi Ketidaktentuan Global-Akmal или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
JOHOR BAHRU, 16 Jan: Kerajaan akan terus memperkukuh struktur ekonomi negara bagi memastikan Malaysia kekal berdaya tahan dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik global, termasuk konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Iran. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, berkata walaupun perkembangan geopolitik antarabangsa berada di luar kawalan negara, Malaysia perlu bersedia dari segi dalaman dengan memperkukuh asas ekonominya. Menurut beliau, usaha kerajaan bukan sahaja tertumpu kepada menarik pelaburan, malah turut memberi perhatian kepada perbelanjaan rakyat serta pembangunan ekosistem ekonomi yang lebih kompleks dan mampan. “bagaimana kita meningkatkan lagi ekonomi itu supaya walaupun berlaku ketidaktentuan di luar negara ianya tidak memberi kesan langsung ataupun kesan yang mendadak kepada keadaan ekonomi Malaysia” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan Negeri Johor Tahun 2026 di Dewan Seminar, Jabatan Pendidikan Negeri Johor, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata strategi utama kerajaan ketika ini berpaksikan kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) serta kerangka Ekonomi MADANI, yang menekankan peningkatan pendapatan rakyat dan penambahbaikan tatakelola. Menurut beliau, tahun 2026 merupakan tahun pertama pelaksanaan RMK-13 yang telah dibentangkan pada tahun lalu, dan cabaran terbesar kerajaan adalah memastikan pelaksanaannya berjalan lancar. “Walaupun ada perkara yang memerlukan perancangan dan penelitian rapi, fokus kita adalah memastikan apa yang telah dipersetujui dalam RMK-13 dapat mula dilaksanakan tahun ini,” katanya. Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan berkesan RMK-13 akan menjadi asas penting bagi memastikan ekonomi negara terus berkembang secara mampan, inklusif dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran global yang tidak menentu.