У нас вы можете посмотреть бесплатно Ops Sapu dan Minyak di Kuala Terengganu dan Marang или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
𝗢𝗣𝗦 𝗦𝗔𝗣𝗨 & 𝗠𝗜𝗡𝗬𝗔𝗞: 𝟭𝟳 𝗣𝗔𝗧𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨 & 𝗠𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗘𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗨, 𝟮𝟮 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Terengganu melalui Bahagian Penguatkuasaan telah melaksanakan Ops Sapu dan Ops Minyak di sekitar Kuala Terengganu dan Marang pada 22 September 2025 bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Sebanyak tujuh premis telah diperiksa melibatkan seramai 41 individu pelbagai warganegara. Hasil pemeriksaan, seramai 17 pendatang asing tanpa izin (PATI) berumur antara 17 hingga 39 tahun telah ditahan yang terdiri daripada tujuh lelaki warga Bangladesh serta sembilan lelaki dan seorang remaja lelaki warga Myanmar. Tangkapan dilakukan di beberapa lokasi iaitu Kampung Belukar Jambu (tapak pembinaan) dua tangkapan; Kampung Jambu (rumah kediaman) satu tangkapan; Kampung Alor, Atas Tol (rumah dalam pembinaan) satu tangkapan; Klinik Desa Atas Tol (tapak pembinaan) lima tangkapan; Kampung Tok Dir (tapak pembinaan rumah) empat tangkapan; Kampung Undang, Bukit Payong (rumah kediaman) tiga tangkapan; dan Bukit Payong (pusat mencuci kenderaan) satu tangkapan. Kesemua tahanan telah dibawa ke Depot Imigresen Ajil untuk siasatan lanjut. Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tidak memiliki pas atau permit sah di bawah Seksyen 6(1)(c), tinggal melebihi tempoh pas di bawah Seksyen 15(1)(c) serta melanggar syarat pas di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Selain itu, tiga individu tempatan turut diberikan notis hadir ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki menggaji atau melindungi PATI. JIM Terengganu akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membanteras PATI serta memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara. #Imigresen #PERKASA #JIM #Terengganu #BEREH #ImmigrationWorldClass #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #ImigresenPerkasa #MADANIBekerja #RancakkanMADANI #KDNYakinMADANI #ReformKDN