У нас вы можете посмотреть бесплатно Ustadz Yon Abu Zaki - Rukun Puasa или скачать в максимальном доступном качестве, видео которое было загружено на ютуб. Для загрузки выберите вариант из формы ниже:
Если кнопки скачивания не
загрузились
НАЖМИТЕ ЗДЕСЬ или обновите страницу
Если возникают проблемы со скачиванием видео, пожалуйста напишите в поддержку по адресу внизу
страницы.
Спасибо за использование сервиса ClipSaver.ru
Syarat Wajib Puasa : 1. Islam. 2. Baligh. 3. Berakal. 4. Sehat. 5. Bermukim (tidak Musafir). 6. Suci (dari haid, dan nifas). Syarat Sah Puasa : 1. Islam. 2. Berakal, dan Mumayyiz. 3. Suci (dari haid, dan nifas). 4. Nyata masuknya bulan Ramadhan. *Rukun-Rukun Puasa*: 1. Berniat Puasa pada malam hari. 2. Menahan diri dari perkara yang membatalkan Puasa. Perkara Yang Membatalkan Puasa : 1. Makan, dan minum dengan sengaja. 2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka. 3. Muntah dengan sengaja. 4. Keluar haid, dan nifas. 5. Gila. 6. Murtad. 7. Keluar mani dengan sengaja. 8. Bersetubuh pada siang hari. Perkara Sunat Ketika Puasa : 1. Segera berbuka Puasa. 2. Berbuka dengan kurma/ manis-manis. 3. Baca doa berbuka. 4. Melambatkan bersahur. 5. Banyakkan baca Al-Quran, berzikir, bersolawat, dan membuat amal kebajikan. 6. Senantiasa bersedekah. 7. Jauhkan diri dari bercakap perkara yang sia-sia, dan perbuatan yang tidak membawa manfaat. 8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu subuh. Makruh Ketika Puasa : 1. Bersuntik. 2. Berbekam. 3. Berkumur-kumur. 4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan. 5. Mandi yang berlebihan. 6. Merasakan makanan di ujung lidah. Golongan Yang Wajib Qada' Puasa : 1. Orang sakit yang ada harapan untuk sembuh. 2. Orang yang Musafir (bukan karena maksiat). 3. Orang yang kedatangan haid, dan nifas. 4. Orang yang meninggalkan niat Puasa. 5. Orang yang sengaja melakukan perkara-perkara yang membatalkan Puasa. 6. Orang yang mabuk. 7. Orang yang sangat lapar, dan dahaga. *Mereka Yang Di Kenakan Membayar Fidyah, Dan Puasa*: 1. Mereka yang tidak dapat mengqada' Puasa. Sehingga masuk Ramadhan tahun berikutnya (Fidyahnya : 1 Mud (675 gram) beras untuk setiap hari yang di tinggalkan di samping mengqada' Puasa bagi sesuai jumlah hari yang ditinggal. Kalau tidak di qada' sehingga melampaui 2 tahun, maka di kenakan 2 mud. Tetapi Puasa tetap 1 hari (tiada tambahan). 2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. 3. Orang yang terlalu tua, dan tidak berdaya untuk berpuasa. 4. Orang yang ada kewajiban qada' Puasa, tetapi meninggal dunia sebelum sempat mengqodho' (fidyahnya : dibuat oleh kerabat si mati/di ambil dari harta peninggalannya). 5. Perempuan yang mengandung/yang menyusui anaknya perlu mengqada' Puasa, dan membayar fidyah 1 mud beras bagi setiap hari yang ditinggalkan sekiranya dia meninggalkan Puasa karena menghawatirkan anaknya, tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya, dia hanya wajib mengqada' Puasanya. Kifarat Bersetubuh Pada Bulan Ramadhan : Orang yang bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan, maka kedua suami isteri tersebut wajib mengqada' Puasa, dan suami wajib membayar kifarat (denda) Seperti : 1. Memerdekakan seorang hamba Mukmin L/P (sekiranya tidak mampu), lalu dia... 2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus (kalau tidak berdaya) lalu dia... 3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin. Jika persetubuhan itu di lakukan karena lupa, atau jahil tentang haramnya, atau dipaksa. Tidaklah wajib kifarat. *Tingkatan Puasa*: 1. Puasa umum: yaitu sekadar menahan makan, minum, dan keinginan berjimak. 2. Puasa khusus: yaitu memelihara mata, telinga, lidah, tangan, dan kaki dari melakukan dosa, serta menahan diri dari perkara di atas. 3. Puasa khusus al-khusus: yaitu mencakup Puasa di atas, dan di sempurnakan pula dengan Puasa hati dari semua keinginan zahir, dan bathin. Mereka Yang Dibolehkan Meninggalkan Puasa : 1. Orang yang hilang daya upaya. Seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambah parah. 2. Orang Musafir. 3. Orang yang terlalu tua, dan amat lemah. 4. Orang yang sangat sekali lapar, dan dahaganya. 5. Perempuan hamil/menyusui anaknya yang apabila berpuasa berakibat memudaratkan diri /anak yang disusui Itu. Niat Berpuasa: نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هٰذِهِ السَّنَةِ٘ لِِلّٰهِ تَعَا لٰی "Aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan kewajiban bulan Ramadhan tahun ini karena Allah Ta'ala." Selamat menjalankan ibadah Puasa kepada Saudara - Saudaraku Kaum Muslimin, dan Muslimat. Semoga Puasa pada tahun ini memberi manfaat kepada kita untuk meraih gelar Muttaqin. BB Semoga Puasa pada tahun ini lebih lancar dari tahun sebelumnya, dan memperbanyak kita membuat amal jariyah. Insya Allah, aamiin ya rabbal alamin... Wassalam mu'alaikum wr wb... Siap Taraweh Ramadhan 1447 H.